• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Persediaan ke fasa endemik COVID-19 & sempadan negara dibuka, ini 5 SOP yang perlu anda tahu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:30 pm
  • 09/03/2022
  • Komen
Persediaan ke fasa endemik COVID-19 & sempadan negara dibuka, ini 5 SOP yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah umumkan bahawa negara akan beralih ke fasa peralihan ke endemik COVID-19 bermula 1 April nanti. Ini merupakan strategi untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Dalam satu sidang media, beliau ada kongsikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bagi peralihan ini. Selain kekal mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, berikut merupakan perkara lain yang anda perlu tahu dalam SOP ini.



1. Waktu operasi premis perniagaan

Pada 1 April, waktu operasi premis adalah mengikut syarat lesen operasi premis, tiada lagi had waktu ditetapkan. Secara tidak langsung, orang ramai dibenarkan makan di kedai selepas jam 12 malam. Maka, individu juga boleh bersahur di kedai pada bulan Ramadan nanti.

2. MySejahtera masih diwajibkan

Dalam masa yang sama, orang ramai masih perlu membuat pendaftaran kemasukan sesebuah lokasi di MySejahtera. Tapi, ia dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan. Selain itu, MySJ Trace turut wajib diaktifkan jika anda kunjungi tempat tertutup yang dipenuhi pengunjung.



3. Perlaksanaan aktiviti ibadat

Sembahyang jemaah di masjid serta surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat agama, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini. Tapi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid, surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri dan untuk rumah ibadat selain Islam, tertakluk kepada Kementerian Perpaduan serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

4. Status vaksinasi

Di samping itu, status vaksinasi juga tidak lagi diperlukan untuk perjalanan rentas negeri dan bagi menentukan had kapasiti di tempat pekerja. Di samping itu, semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi masing-masing.

5. Aktiviti berkumpulan

Dengan pengumuman peralihan ke fasa endemik ini, had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang membabitkan perkumpulan ramai juga dimansuhkan secara menyeluruh. Perkara ini turut diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial termasuk kenduri kahwin. Namun, penjarakan fizikal masih sangat digalakkan.

Sumber

Pembukaan semula sempadan negara

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut umumkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula bermula 1 April. Maka, rakyat malaysia yang ada dokumen sah boleh pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya.

Dalam masa sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan sah juga boleh keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass. Tapi, mereka perlu muat turun dan aktifkan aplikasi MySejahtera serta lengkapkan Pre-Departure Form melalui pilihan Traveller dalam MySejahtera.

Di samping itu, pengunjung lengkap vaksinasi tidak perlu lagi jalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia. Mereka hanya perlu lakukan ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan jalani ujian RTK-antigen secara profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Bagi individu yang ingin ke negara yang masih menutup pintu sempadannya seperti Singapura, anda masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) untuk berbuat demikian. Kerajaan juga akan umumkan program VTL dengan Thailand, Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat.

Dengan persediaan ke fasa endemik ini, tentu ramai yang gembira mengenai SOP baru yang dikeluarkan, serta pembukaan semula sempadan negara. Walau bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan diri sendiri masih perlu dijaga kerana Covid-19 masih ada dan perlu dikawal penularannya.

[Sumber: Malaysiakini]

[Sumber gambar: Malaymail]

Tags: SOP
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Persediaan ke fasa endemik COVID-19 & sempadan negara dibuka, ini 5 SOP yang perlu anda tahu

Persediaan ke fasa endemik COVID-19 & sempadan negara dibuka, ini 5 SOP yang perlu anda tahu

9 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER