• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DNB sedang bangun dan uji 5G di Johor

  • OLEH Najib
  • 1:45 pm
  • 11/03/2022
  • Komen
DNB sedang bangun dan uji 5G di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak dan Melaka yang lepas, ada menteri yang menjanjikan mahu membangunkan 5G di negeri tersebut dengan segera. Tetapi masih tidak kelihatan sehingga kini. Manakala untuk PRN seterusnya di Johor, tidak lagi kedengaran janji 5G daripada menteri. Tetapi pemegang lesen tunggal 5G di Malaysia, memaklumkan berita yang lebih baik.

Digital Nasional Berhad (DNB) kini sedang membangunkan tapak 5G dan menguji 5G di beberapa kawasan di Johor Bahru. Menurut DNB, 5G akan dilancarkan di negeri Johor tidak lama lagi.



Menurut peta liputan 5G DNB, beberapa kawasan telah dipin dengan maklumat sedang dibangunkan. Antara kawasan tersebut adalah Pusat Bandar Johor Bahru, Larkin, Bandar Baru Uda, Kampung Skudai, Kampung Skudai Kiri, dan Kempas Denai.

Bilakah 5G akan boleh digunakan di Johor masih belum diketahui. Orang ramai diminta untuk menantikan perkembangan selanjutnya daripada DNB.



DNB akan lancar 5G di Selangor, Perak dan Pulau Pinang

Selain Johor, peta 5G DNB turut menunjukkan beberapa negeri lain sedang dalam proses pembangunan 5G. Antaranya di Selangor seperti di Klang, Kota Kemuning, Kota Damansara, Bandar Utama, Damansara Utama, Kajang, Seri Kembangan, Balakong, Cheras, Ampang, Hulu Langat, Gombak, Rawang, Dengkil, Nilai, Salak Tinggi, Sepang Gold Coast dan KLIA.

Peta tersebut turut menunjukkan beberapa kawasan di negeri lain, antaranya di Ipoh, Perak serta di Georgetown, Pulau Pinang.

DNB sasar liputan 5G di 40% kawasan populasi pada akhir 2022

Dalam perancangan asalnya, DNB mensasarkan untuk menyediakan 500 tapak sedia 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, meliputi 10% kawasan berpopulasi. Di dalam Fasa 1 yang akan berakhir tahun ini, ia mensasarkan untuk mencakupi seluas 40% kawasan berpopulasi dengan 4,078 tapak di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Perak. Sasaran akhirnya adalah 80% kawasan berpopulasi diliputi 5G menjelang 2024, dengan 7,509 tapak.

Buat masa ini, hanya YTL Communication iaitu Yes 5G menyediakan perkhidmatan 5G untuk pengguna di Malaysia, menggunakan rangkaian 5G oleh DNB. Yes juga menawarkan pek SIM 5G percuma dengan 30 hari penggunaan 5G tanpa had, sehingga 31 Mac 2022. Telekom Malaysia pernah membuat pengumuman pada Disember lepas, untuk menyertai ujian 5G DNB tetapi masih tiada khabar sehingga kini.

Sementara itu, empat penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih (telco) utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, masih tidak menyatakan kesediaan untuk menggunakan rangkaian 5G DNB. Sebaliknya, mereka mencadangkan supaya penyedia rangkaian 5G kedua diwujudkan di mana telco membentuk konsortium untuk membangunkan rangkaian 5G di samping DNB. Mereka turut memberi contoh kejayaan kerjasama 3G dan 4G, untuk digunakan dalam pembangunan 5G sambil mengekalkan persaingan yang sihat dalam negara. Kerajaan Malaysia dijangka akan membuat keputusan untuk mengekalkan pembangunan 5G tunggal atau bertukar ke dua rangkaian, tidak lama lagi.

[Sumber: DNB]

Bacaan Berkaitan

  • Kejayaan perkongsian rangkaian 4G, boleh diteruskan bagi menjayakan pembangunan 5G
  • Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua
  • DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama
Tags: 5gDNB
Najib

Najib

POPULAR

DNB sedang bangun dan uji 5G di Johor

DNB sedang bangun dan uji 5G di Johor

11 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER