• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

JAKIM sediakan aplikasi bantu golongan LGBT, ada apa dalam aplikasi ini?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:45 pm
  • 11/03/2022
  • Komen
JAKIM sediakan aplikasi bantu golongan LGBT, ada apa dalam aplikasi ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada dalam kalangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia sedang berusaha untuk berubah kepada fitrah, supaya dapat jalani kehidupan normal dan menepati syariat. Untuk melangkah ke fasa itu, individu yang terlibat pasti memerlukan sokongan dari ramai pihak. Jika malu untuk dapatkan bantuan secara bersemuka, mereka boleh cuba gunakan aplikasi yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Yayasan Ihtimam Malaysia ini. Ia diberi nama Hijrah Diri – Homoseksualiti.

Aplikasi ini dihasilkan sebagai inisiatif JAKIM untuk bantu golongan LGBT kembali kepada sediakala. Ia mengandungi ciri untuk pengguna dapatkan bantuan dan ada juga ebook mengenai pengalaman sebenar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual. Tapi, menarikkah aplikasi ini?



Ciri dalam aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti

Saya ambil peluang untuk terokai sendiri ciri yang ada di dalam aplikasi ini. Antara mukanya ringkas. Ada 10 ciri di dalamnya iaitu:

  1. Video – Setakat ini, ada dua buah video tersedia. Kedua-duanya adalah mengenai LGBT
  2. Bantuan – Ini merupakan ciri untuk pengguna dapatkan bantuan dari Yayasan Ihtimam bagi sebarang masalah. Dinyatakan bahawa semua maklumat yang dikongsi adalah sulit.
  3. Download E-book – E-book yang disediakan adalah mengenai hijrah LGBT serta hadis-hadis berkaitan dengannya
  4. Wall – Di sini adalah tempat untuk semua pengguna berinteraksi. Pengguna dibenarkan untuk membalas mesej secara umum antara satu sama lain.
  5. Maklum Balas – Ini merupakan ciri untuk pengguna laporkan tentang masalah dalam aplikasi ini kepada pembangun.
  6. Hubungi – Ia memaparkan talian, laman web, emel dan lokasi menuju ke Yayasan Ihtimam
  7. Tazkirah – Audio ceramah mengenai topik umum
  8. Himpunan wirid dan doa – Setakat ini ia menyediakan bacaan Al-Ma’thurat sahaja
  9. Artikel – Semua artikel yang disediakan adalah kajian mengenai LGBT
  10. Buku – Tidak tertumpu pada LGBT sahaja, penulisan yang ada mempunyai pelbagai topik seperti Tips Berdoa dan Kelebihan Surah Yasin

Aplikasi ini nampak seperti sudah lama disediakan. Kerana saya lihat ada yang kongsikan mesej pada bahagian Wall pada 4 tahun lalu. Mungkin ia baru dikongsikan JAKIM kerana ini merupakan versi terbaru aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti. Selain itu, kandungan dalam aplikasi ini juga tidak banyak, jika sudah habis baca semua artikel, e-book dan dengar semua tazkirah, mungkin tiada lagi ilmu baru boleh didapatkan melaluinya, melainkan pembangun aplikasi sentiasa tambah maklumat baru untuk pengguna pada setiap hari.



Aplikasi ini mungkin sesuai digunakan untuk mengisi masa lapang. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google PlayStore jika mahu gunakannya. Buat masa ini, ia masih belum tersedia untuk iOS. Untuk betul-betul berubah, saya sarankan anda bercerita terus mengenainya dengan individu yang anda percayai atau temui kaunselor supaya mereka boleh berikan sokongan kepada anda.

[Sumber: JAKIM]

Tags: Hijrah DiriJAKIM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
JAKIM sediakan aplikasi bantu golongan LGBT, ada apa dalam aplikasi ini?

JAKIM sediakan aplikasi bantu golongan LGBT, ada apa dalam aplikasi ini?

11 March 2022
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER