• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lego

Peminat Lego Super Mario boleh gandingkan Lego Peach bersama Mario & Luigi tidak lama lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:17 pm
  • 11/03/2022
  • Komen
Peminat Lego Super Mario boleh gandingkan Lego Peach bersama Mario & Luigi tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, hanya set Lego Mario dan Luigi boleh dimain serentak sebagai satu pasukan. Tidak lama lagi ia boleh digandingkan pula dengan Lego Peach. Ini secara tidak langsung menjadikan barisan Lego Super Mario semakin besar.

Dengan kit permulaan, Lego Super Mario Adventures with Peach Starter Course, pemain boleh dapatkan syiling digital dan temui pelbagai reaksi dengan membantu Princess Peach menaiki set buaian dan membuka hadiah. Syiling digital juga boleh dikumpul apabila Princess Peach melawan musuh seperti Lemmy dan Bubble Lava, atau berkawan dengan Yellow Toad.



Lego Princess Peach, Lego Mario dan Lego Luigi boleh berhubung antara satu sama lain melalui Bluetooth. Melaluinya, pemain boleh menyapa antara mereka, raikan kemenangan, bekerjasama untuk mengalahkan musuh dan memperoleh syiling digital bonus bersama. Apabila mereka bergabung, syiling boleh diperolehi dengan lebih banyak. Ini secara tidak langsung menjadikan set tersebut lebih seronok dimain bersama orang lain.

Peach Starter Course ini akan tersedia pada 1 Ogos 2022. Selain itu, Lego Group turut melancarkan Lego Super Mario Peach’s Castle Expansion Set. Ada banyak cabaran boleh dilakukan di istana ini, ia termasuklah menyingkirkan Ludwig daripada awan, membaiki jambatan yang rosak dan menyapa cendawan berwarna pink, Toadette. Bukan itu sahaja, pemain boleh temui banyak lagi kejutan di istana seperti lukisan Bob-omb bersama Action Tag rahsia dan kek dengan Goomba bersembunyi di dalamnya.



Peach’s Castle Expansion Set

Selain Peach Starter Course dan Lego Super MarioPeach’s Castle Expansion Set, turut dilancarkan juga Lego Super Mario Yoshi’s Gift House Expansion Set, yang membolehkan karakter menyapa Yoshi, berpusing di Treat Carousel dan makan buah untuk mencetuskan reaksi gembira dan mendapatkan syiling. Selain itu, ada juga Lego Super Mario Fuzzy Flippers Expansion Set, Lego Super Mario Cat Peach Suit and Frozen Tower Expansion Set, Lego Super Mario Goomba’s Shoe Expansion Set dan Lego Super Mario Big Spike’s Cloudtop Challenge Expansion Set.

Semua akan tersedia bermula 1 Ogos nanti. Berikut merupakan harganya:

  1. Adventures with Peach Starter Course – RM259.90
  2. Goomba’s Shoe Expansion Set – RM49.90
  3. Fuzzy Flippers Expansion Set – RM119.90
Adventures with Peach Starter Course
Goomba’s Shoe Expansion Set
Fuzzy Flippers Expansion Set
  1. Yoshi’s Gift House Expansion Set – RM139.90
  2. Cat Peach Suit and Frozen Tower Expansion Set – RM329.90
  3. Peach’s Castle Expansion Set – RM649.90
  4. Big Spike’s Cloudtop Challenge Expansion Set – RM289.90
Yoshi’s Gift House Expansion Set
Cat Peach Suit and Frozen Tower Expansion Set
Big Spike’s Cloudtop Challenge Expansion Set

Anda boleh dapatkan semua produk ini kelak di kedai bertauliah Lego, kedai rasmi Lego di Lazada, Shopee, Legoland, serta peruncit utama dan gedung serbaneka di Malaysia.

Bacaan berkaitan

  • Watak Luigi kini hadir dalam set Lego Super Mario, ada suara & sensor warna layar LCD
  • Lego Mario & Luigi kini boleh dimain serentak sebagai satu pasukan
  • Lego Technic tampilkan kereta lumba McLaren Formula 1, dihasilkan seperti model sebenar
Tags: legolego mario
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Peminat Lego Super Mario boleh gandingkan Lego Peach bersama Mario & Luigi tidak lama lagi

Peminat Lego Super Mario boleh gandingkan Lego Peach bersama Mario & Luigi tidak lama lagi

11 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER