• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan rangkaian teruk? Laporkan kepada SKMM di aplikasi baru JENDELA Map

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 15/03/2022
  • Komen
Liputan rangkaian teruk? Laporkan kepada SKMM di aplikasi baru JENDELA Map
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan laman web mudah alih untuk peta JENDELA. Ia boleh digunakan untuk memeriksa liputan rangkaian mudah alih dan rangkaian tetap, serta untuk pengguna membuat aduan tentang liputan di tempat mereka. Kini ia boleh digunakan lebih mudah kerana aplikasi untuknya baru dilancarkan.

Aplikasi JENDELA Map boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Ia mudah digunakan kerana tidak perlu mendaftar atau daftar masuk, dan semua fungsi boleh digunakan terus selepas ia dipasang.



SKMM sangat menggalakkan orang ramai untuk menghantar aduan atau maklum balas mereka tentang liputan menerusi aplikasi JENDELA Map. Selepas aduan dibuat, SKMM akan merujuk masalah tersebut kepada penyedia rangkaian berkenaan untuk tindakan pantas diambil.

Cara-cara membuat aduan di aplikasi JENDELA Map

Untuk membuat aduan, lancar aplikasi JENDELA dan pergi ke Map. Aplikasi boleh mengesan lokasi secara automatik tetapi anda juga boleh memilih lokasi secara manual. Tetapi anda perlu membenarkan aplikasi untuk akses kepada perkhidmatan lokasi di peranti.



Apabila memilih lokasi, aplikasi akan menunjukkan senarai perkhidmatan yang terdapat di kawasan tersebut. Untuk membuat aduan, tekan pada butang di bawah “Submit feedback for your location”. Pengguna perlu memilih jenis perkhidmatan dan jenis aduan yang mahu dibuat (seperti panggilan terputus, gangguan perkhidmatan, liputan buruk atau tiada liputan).

Tetapi aplikasi JENDELA Map hanya memberi pilihan 5 penyedia perkhidmatan sahaja iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile. Ia sama seperti yang disediakan di laman web JENDELA Map, jika anda rujuk di bawah. Bermakna jika ada masalah dengan Yes 4G atau 5G, tidak ada pilihan untuk membuat aduan di JENDELA Map.

Untuk membuat aduan, pengadu perlu memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, dan nombor telefon.

Selain menunjukkan liputan, aplikasi JENDELA Map turut membenarkan pengguna melihat berapa banyak aduan telah dihantar di kawasan tersebut. Pada waktu artikel ini ditulis, terdapat 16,800 hantaran dan kebanyakannya adalah maklum balas. Untuk permintaan, Digi mendahului dengan 5,170 permintaan, Celcom 4,046 dan U Mobile 2,670. Status permintaan juga ditanda warna berbeza jadi pengguna boleh melihat berapa banyak aduan masih dalam siasatan, tertangguh dan telah ditutup.

Aplikasi JENDELA Map juga ada fungsi chatbot yang dipanggil “Ask AIDA”. Ia bersedia memberi bantuan tentang cara-cara menggunakan fungsi utama di dalam aplikasi.

Fungsi yang tidak berkaitan

Walaupun aplikasi JENDELA Map menyediakan cara mudah untuk menghantar aduan, ia tidak menyediakan pilihan yang banyak. Tiada ruang komen terbuka yang membolehkan pengguna bercerita masalah dengan lebih mendalam kepada SKMM ketika membuat aduan. Contohnya laporan masalah kelajuan, lebih baik jika ada fungsi menyemak kelajuan Speedtest, atau pilihan untuk muat naik tangkap layar.

Selain itu, ada fungsi yang agak pelik dan tiada kaitan dengan liputan talian, iaitu “Menarik Di”. Ia kelihatan seperti ruangan promosi tentang lokasi menarik di sekitar. Tetapi, walaupun lokasi kami terletak di Lembah Klang, ia menunjukkan tempat menarik secara rawak seperti lapangan terbang, ladang, dan tempat menginap di negeri lain.

Jika anda membaca artikel kami sebelum ini, fungsi JENDELA Map tidak sedalam dan teliti seperti OpenSignal. Sedangkan ia adalah rujukan utama untuk pengguna di Malaysia, selain menjadi tempat membuat aduan. Di OpenSignal, pengguna boleh melihat prestasi talian di kawasan seperti purata kelajuan, tahap kependaman dan kekuatan signal, berdasarkan maklumat masa nyata dari pengguna.

Tetapi paling utama, pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM dan berharap aduan diselesaikan dengan segera oleh penyedia perkhidmatan. Anda juga boleh pergi ke laman web JENDELA Map untuk membuat aduan, jika tidak mahu memasang aplikasi ini.

Tags: JENDELAJENDELA MapSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Liputan rangkaian teruk? Laporkan kepada SKMM di aplikasi baru JENDELA Map

Liputan rangkaian teruk? Laporkan kepada SKMM di aplikasi baru JENDELA Map

15 March 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER