Siri Lego Technic ada satu set baharu yang boleh anda dapatkan. Mendukung nombor set 42137, set lego ini adalah sebuah kereta Formula E Porsche 99X Electric.
Harga Lego Technic Formula E Porsche 99X Electric di Malaysia
Set ini boleh didapatkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM219. Anda boleh dapatkannya melalui salah satu daripada tiga saluran dalam talian iaitu Box of Bricks, Brick Magic, ataupun Shopee.
Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada 7 set Lego yang dilancarkan dalam pelbagai siri. Selain daripada Porsche, Lego Technic juga ada set Ford Mustang (#42138). Kemudian, mereka turut lancarkan kereta dalam siri Speed, Creator, dan City seperti:
- Lego Technic Ford Mustag Shelby GT500 (#42138) – RM249.90
- Lego Speed Champions 1979 Ferrari 512M (#76906) – RM89.90
- Lego Creator 3-in-1 Street Racer (#31127) – RM89.90
- Lego City Race Car (#60322) – RM39.90
- Lego Speed Champions Lotus Evija (#76907) – RM89.90
- Lego City Police Car (#60312) – RM39.90
Apa yang menarik dengan Lego Technic Porche 99X Electric?
Kereta lumba Porche 99X Electric digunakan oleh pasukan TAG Heuer Porsche Formula E bermula musim 2019-2020.
Untuk musim tersebut, mereka berada di tangga ke-8 daripada 12 pasukan yang bertanding apabila mengumpul 79 mata pengeluar. Musim terkini iaitu 2021-2022, pasukan Porsche kini berada di tempat ke-3 daripada 3 perlumbaan.
Berkenaan jentera yang digunakan, Prosche 99X Electric mampu menghasilkan kuasa setinggi 340PS dengan keupayaan memecut daripada 0 ke 100km/j dalam masa 2.8 saat sahaja. Kelajuan maksimum yang boleh diperoleh adalah 280km/h tapi itu adalah kelajuan yang dihadkan disebabkan faktor keselamatan.
Kalau anda berminat dengan kereta ini, set Lego-nya hadir dalam kotak yang didalamnya ada 422 keping Lego untuk dicantumkan. Ia sesuai untuk dimain oleh individu semuda 9 tahun.
Saya bukanlah peminat fanatik Lego. Masalah yang sering saya hadapi dengan Lego adalah tiada ruang untuk menyimpan selepas siapkannya. Habis baik pun, saya cuma ada pengalaman bina Minifig saja. Pada saya, membina Lego sama saja pengalamannya seperti cantumkan perabut IKEA.
Bezanya kanak-kanak lebih minati Lego berbanding IKEA.
Tapi ada satu perkara IKEA boleh pelajari daripada Lego daripada segi menerbitkan buku manual. Yang saya perasan, pada buku manual Lego ini, ia paparkan garis progress seperti loading.
Dengannya, saya boleh tahu pada tahap manakah saya berada sekarang. Misalnya, saya bahagikan proses membina LEGO ini kepada 3 sesi sekitar 30%. Jadi saya tidaklah terlalu melaburkan masa kepada set Lego untuk sehari.
Ada dua keunikan boleh anda temui pada set Lego Technic ini. Yang pertama, ia dilengkapi mekanisme pull back. Ya, kereta yang anda bina ini ia boleh memecut dengan 2 mekanisme pull back yang ada di tayar belakang kereta. Anda boleh tarik kereta kebelakang untuk menyuntik tenaga kinetic kedalam mekanisme dan apabila anda tekan tuil di belakang kereta, ia akan memecut kedepan.
Satu lagi ciri unik adalah AR Technic. Ia adalah APP yang boleh dipasang pada telefon Android ataupun iOS anda untuk beroleh pengalaman yang lebih interaktif. Dengan teknologi AR, anda boleh bermain mini game.