• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Malaysia akan lancar barisan telefon pintar dan peranti baru

  • OLEH Najib
  • 7:03 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Honor Malaysia akan lancar barisan telefon pintar dan peranti baru
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Honor membuat kemunculan kembali di Malaysia dengan melancarkan telefon pintar Honor 50 yang lengkap dengan perkhidmatan Google di dalamnya. Untuk tahun 2022, Honor Malaysia akan mengadakan acara pertama mereka pada hujung bulan ini.

Dalam perkongsian mereka di media sosial, majlis pelancaran pertama Honor Malaysia akan diadakan pada 29 Mac 2022,pukul 8.30 malam. Ia akan diadakan secara maya dan boleh ditonton orang ramai di Facebook Honor Malaysia. Malah, penonton mungkin berpeluang memenangi produk baharu Honor.



Menurut Honor Malaysia, majlis pelancaran ini akan memperkenalkan siri telefon pintar baharu dan produk ekosistem Honor. Kita boleh jangkakan lebih dari satu telefon pintar akan diumumkan, di samping beberapa produk Honor selain telefon pintar. Mungkin ada jam tangan, atau fon telinga.

Honor ada berkongsi beberapa perkara tentang peranti baru yang akan mereka lancarkan. Antaranya ia memiliki paparan dengan kadar penyegaran 120Hz, serta pengecasan pantas 66W. Maklumat yang agak samar-samar.



Ada tiga siri Honor X?

Pautan di Facebook Honor Malaysia membawa ke laman web pelancaran Honor Malaysia “Ready To Go Beyond”. Tetapi ia juga menunjukkan pautan dengan nama ‘x-series-new-launch‘. Carian di Google Search seterusnya memberikan satu maklumat yang menarik. Barisan teratas carian menunjukkan iklan, yang menyatakan “HONOR X9 5G | X8 | X7 Hampir Tiba“.

Jadi, adakah tiga telefon pintar ini adalah peranti yang akan dilancarkan Honor pada 29 Mac nanti? Malah, hanya Honor X9 memiliki sokongan 5G?

Lebih menarik lagi, carian seterusnya tentang Honor X9, Honor X8 dan Honor X7 tidak membawa sebarang hasil. Boleh dirumuskan, Malaysia akan menjadi negara pertama siri Honor X dilancarkan?

Semua persoalan ini akan terjawab pada 29 Mac 2022. Honor kembali ke pasaran bersama Google sedia digunakan sepenuhnya dengan penuh bergaya, apabila berjaya merampas kembali pegangan pasaran mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak peranti dilancarkan di Malaysia, ia pasti akan dapat menarik kembali peminat yang telah berlalu pergi semasa ketiadaan Google di dalam peranti Honor.

Tags: honorHonor X9
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Honor Malaysia akan lancar barisan telefon pintar dan peranti baru

Honor Malaysia akan lancar barisan telefon pintar dan peranti baru

17 March 2022
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER