• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 17/03/2022
  • Komen
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama berteka-teki, kerajaan Malaysia kini memutuskan untuk meneruskan konsep pegangan tunggal (SWN) 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan menolak cadangan dwi-rangkaian 5G oleh syarikat telekomunikasi (Telco). Ia diumumkan dalam satu kenyataan rasmi bersama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Tetapi ada sedikit perubahan akan dibuat untuk DNB. Bagi meneruskan rancangan ini, kerajaan akan memberikan 70% pegangan saham DNB kepada telco yang bersedia untuk menandatangani perjanjian borong 5G. Dengan ini, pegangan kerajaan di dalam DNB akan berkurangan daripada 100% kepada 30% sahaja. Bagaimanapun, pemilikan dan pembahagian pegangan akan dibincangkan antara DNB dan telco. Ia dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi.



📌 Kerajaan putuskan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) dikekalkan

📌 Kerajaan kekal pegang 30% pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB), tawar sehingga 70% yang selebihnya kepada syarikat telekomunikasi

– Menteri Kewangan @tzafrul_aziz pic.twitter.com/xPArmJLTmy

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 16, 2022

Dalam kenyataan tersebut juga, KKMM akan terus memantau DNB menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). MOF pula akan memantau DNB dari sudut pengurusan dan pegangan saham.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, keputusan untuk mengekalkan SWN berbandinga dwi-rangkaian sebagai bukti kerajaan kekal tegas untuk memastikan polisi yang diputuskan akan kekal diteruskan. Ia juga membuktikan kerjasama rapat kerajaan dan swasta, di samping memperkenal ekosistem kewangan swasta bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Kerajaan menjangkakan DNB akan mengekalkan janji yang telah diumumkan sebelum ini, termasuk kos borong data 5G pada harga kurang 20sen setiap GB.



Model SWN dikekalkan demi memastikan perkhidmatan 5G yang lebih murah untuk rakyat. Selain daripada mengubah struktur pemilikan saham DNB kepada syarikat-syarikat telekomunikasi, kerajaan juga memutuskan untuk meletakkan DNB di bawah kawal-selia KKMM. pic.twitter.com/5uDUrtPkhV

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 16, 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa Malaysia layak untuk menikmati akses 5G sama rata dan berkualiti, pada harga mampu milik untuk meningkatkan pemulihan ekonomi selepas pandemik. Dia juga menyebut, model SWN akan membantu mengurangkan jurang digital di kawasan luar bandar dan memastikan semua rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan 5G yang meluas dan berkualiti tinggi daripada telco.

Kenyataan tersebut menambah, model SWN yang dikekalkan ini akan meneruskan perancangan asal, pemilihan perkakas dan lantikan syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan 5G. Di bawah Fasa 1 pembangunan 5G, DNB mensasarkan untuk mencapai 50% liputan populasi pada akhir 2022 dan 80% liputan populasi pada hujung 2024. DNB baru-baru ini mengumumkan sedang menguji 5G di Johor Bahru dan menandakan beberapa kawasan di Selangor, Perak dan Pulau Pinang sebagai akan datang.

Bacaan Berkaitan

  • Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua
  • DNB sedang bangun dan uji 5G di Johor
  • Ketiadaan 5G akibatkan kelajuan internet Malaysia jauh ketinggalan di Asia Tenggara
  • CEO DNB jawab 15 persoalan Ahli Parlimen Bangi tentang pembangunan 5G Di Malaysia
Tags: 5gAnnuar MusaDNBTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

17 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER