• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi hijrah untuk LGBT di buang dari Play Store, dikatakan langgar garis panduan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:49 am
  • 18/03/2022
  • Komen
Aplikasi hijrah untuk LGBT di buang dari Play Store, dikatakan langgar garis panduan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti yang disediakan oleh JAKIM sebagai inisiatif untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah. Aplikasi ini sebenarnya dilancarkan pada Julai 2016, tapi ia mendapat perhatian semula selepas dikongsikan oleh JAKIM di Twitter dan Facebook.

Google dapati ia melanggar garis panduan

Tapi, aplikasi tersebut nampaknya tiada lagi di dalam Play Store. Ia telah dibuang kerana didapati melanggar garis panduan platform tersebut. Dalam satu kenyataan Google, menurutnya apabila mereka menerima laporan tentang sesuatu aplikasi, mereka akan menyemak jika ia bertentangan dengan polisi Playstore. Jika didapati ada pelanggaran, maka tindakan sewajarnya akan diambil. Tapi, apa yang salah pada aplikasi ini? Selepas saya melihatnya dahulu, ia nampak selamat sahaja kerana kandungannya adalah seperti kisah penghijrahan, ceramah dan doa-doa.



Tapi, penyelidik Amnesty International Malaysia, Rachel Chhoa-Howard berkata, bahan sebegitu adalah berbahaya dan penuh kebencian. Baginya, terapi penukaran (conversion therapy) adalah amalan yang sangat diskriminasi dan berbahaya. Ia boleh menyebabkan kerosakan berpanjangan kepada golongan terlibat.

Dalam masa yang sama, Numan Afifi, pengasas kumpulan LGBT Pelangi Campaign berkata, Google dan platform lain harus menambah baik pemantauan kandungan pada platform mereka.



JAKIM akan berhubung dengan SKMM

Dalam satu penulisan di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, perkara yang berlaku ini amat mendukacitakan. Aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri telah dinafikan oleh golongan tertentu, sedangkan aplikasi yang mendorong kepada maksiat berleluasa di peranti-peranti. Beliau juga telah mengarahkan pihak JAKIM untuk berhubung dengan pihak SKMM bagi mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut.

Di samping itu, Rafiq Sharman Khamis iaitu pemilik Raxbit dan pembangun aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti menyatakan di Facebook bahawa pihaknya akan cuba terbitkan semula aplikasi itu. Mereka juga akan sediakan saluran alternatif lain supaya mudah untuk individu yang ingin dibantu mendapat akses kepada kandungan aplikasi tersebut.

Aplikasi yang dihasilkan ini sebenarnya pilihan, individu tidak dipaksa untuk memuat turunnya. Malah, ia boleh dijadikan panduan untuk individu yang ingin berubah kepada fitrah asal. Kejadian ini amat mengecewakan, nampaknya ramai individu tidak suka dengan penghijrahan LGBT dan tidak mahu golongan itu diganggu.

[Sumber: The Guardian]

Tags: Hijrah DiriJAKIM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Aplikasi hijrah untuk LGBT di buang dari Play Store, dikatakan langgar garis panduan

Aplikasi hijrah untuk LGBT di buang dari Play Store, dikatakan langgar garis panduan

18 March 2022
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN