• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MRT 3: Ini senarai semua stesen baru dan pertukaran laluan rel transit di Lembah Klang

  • OLEH Najib
  • 4:12 pm
  • 21/03/2022
  • Komen
MRT Dari Sungai Buloh Ke Putrajaya Bakal Dibuka Untuk Tampung Setengah Juta Penumpang Sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3) Lembah Klang yang sebelum ini dihentikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kini akan kembali diteruskan. Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong baru-baru ini mengumumkan, keseluruhan jajaran MRT3 dijangka mula beroperasi pada 2028 dan beroperasi sepenuhnya pada 2030.

Projek keretapi baharu ini dijangka menelan belanja sebanyak RM31 bilion, tidak termasuk kos pengambil alihan tanah. Kos tanah pula dijangka sekitar RM8.4 bilion dan tender projek dilaporkan akan dibuka pada bulan Mei.



MRT 3 turut dikenali sebagai Circle Line atau Laluan Lingkaran kerana laluannya lengkap dalam satu bulatan tanpa ada hujung. MRT 3 adalah sebuah lingkaran sepanjang 51km dengan 40.1km laluan bertingkat dan 10.7km di bawah tanah. Ia pendek sedikit berbanding MRT 1 Laluan Kajang (51km) dan MRT 2 Laluan Putrajaya (57.7km). Akan terdapat 31 stesen seluruhnya (tidak termasuk 2 stesen sementara) serta 10 stesen pertukaran kepada 8 laluan rel transit sedia ada.

Untuk melihat laluan MRT 3, semua stesen perhentian serta stesen pertukaran kepada laluan sedia ada, MRT Corp ada berkongsikan peta Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang, termasuk Laluan Lingkaran MRT 3.



Tekan dan zum untuk gambar lebih besar

Ini pula senarai penuh stesen laluan MRT 3:

  1. Bukit Kiara South (Pertukaran ke stesen baru di Laluan Kajang)
  2. Bukit Kiara (Sementara)
  3. Sri Hartamas
  4. Mont Kiara
  5. Bukit Segambut
  6. Taman Sri Sinar
  7. Dutamas
  8. Jalan Kuching (Pertukaran ke Laluan Pelabuhan Klang)
  9. Titiwangsa (Pertukaran ke Laluan Ampang & Sri Petaling, KL Monorail dan Putrajaya)
  10. Kampung Puah
  11. Jalan Langkawi
  12. Danau Kota
  13. Setapak
  14. Rejang
  15. Setiawanga (Pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
  16. AU2
  17. Taman Hillview
  18. Tasik Ampang
  19. Kampung Pandan
  20. Pandan Indah (Pertukaran ke Laluan Ampang)
  21. Taman Kencana
  22. Taman Cheras
  23. Taman Midah (Pertukaran ke Laluan Kajang)
  24. Jalan Yaacob Latif
  25. Sri Permaisuri
  26. Salak Selatan (Pertukaran ke Laluan Sri Petaling)
  27. Salak Jaya (Sementara)
  28. Kuchai (Pertukaran ke Laluan Putrajaya)
  29. Jalan Klang Lama
  30. Pantai Dalam (Pertukaran ke Laluan Pelabuhan Klang)
  31. Pantai Permai
  32. Universiti (Pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
  33. UM

Kebanyakan stesen adalah bertingkat kecuali tujuh stesen terletak di bawah tanah. Perancangan awal menunjukkan stesen bawah tanah adalah UM, Sri Hartamas, Mont Kiara, Bukit Segambut, Taman Sri Sinar, Dutamas dan Jalan Kuching. Kemudahan Park and Ride (parkir dan naik MRT) akan disediakan di 15 buah stesen.

Menteri Pengangkutan juga ada menyatakan di Parlimen bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan caj kesesakan kepada kenderaan memasuki pusat bandar, selepas MRT 3 disiapkan. Ini mungkin agak serupa dengan konsep Electronic Road Pricing (ERP) di Singapura dan Congestion Charge Zone (CCZ) di London, yang mengenakan caj yang tinggi pada waktu puncak. Ia disasarkan untuk mengurangkan kesesakan serta pencemaran udara dan bunyi di pusat bandar.

Jika projek MRT 3 tidak ditangguhkan sebelum ini, ia dijadualkan akan siap pada tahun 2025. Buat masa ini, MRT 2 Laluan Putrajaya masih dalam pembinaan dan Fasa 1 telah lewat dari rancangan asal Ogos 2021 kepada seawal Suku Kedua 2022. Menurut CEO MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim, penjadualan semula ini kerana modul dwi-sistem untuk pemanduan autonomi laluan rel memerlukan penambahbaikan. Fasa 1 MRT 2 meliputi laluan sepanjang 17.5km dengan 12 stesen dari Stesen Kwasa Damansara sehingga Stesen Kampung Batu.

Selain MRT, projek pembinaan rel yang sedang berjalan adalah LRT 3 Laluan Shah Alam, yang menyambungkan Bandar Utama di Petaling Jaya, ke Johan Setia di Klang. Laluan LRT 3 sepanjang 37.8km, meliputi 35.8km bertingkat dan 2km bawah tanah. Terdapat 25 stesen kesemuanya, termasuk 1 stesen bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam.

[Sumber: MRT Malaysia]

Tags: MRTMRT Corp
Najib

Najib

POPULAR

MRT Dari Sungai Buloh Ke Putrajaya Bakal Dibuka Untuk Tampung Setengah Juta Penumpang Sehari

MRT 3: Ini senarai semua stesen baru dan pertukaran laluan rel transit di Lembah Klang

21 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

25 April 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER