• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?

  • OLEH Najib
  • 9:19 pm
  • 21/03/2022
  • Komen
MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 22/3/2022: Jawapan kepada tanda Sah atau Verified ada di sini: MySejahtera mesti SAH baru boleh lihat sijil vaksinasi


Jika anda telah memasang kemaskini terbaru perisian MySejahtera versi 1.81 di telefon pintar, anda mungkin ada melihat tanda “Verified” atau “Sah” di sebelah nombor kad pengenalan. Beberapa pengguna di Twitter telah berkongsi tangkap layar ini, memandangkan ia sebenarnya sukar untuk diperoleh untuk akaun Twitter.



Menurutu log perubahan, versi terbaru ini dikemaskini dengan fungsi “self-serve help” iaitu bantuan layan diri, serta beberapa baik pulih rentan dan sedikit naik taraf. Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan mengenai tanda Sah ini, malah ia tidak dijelaskan di dalam soalan lazim Mysejahtera.

Jika mahu meneka, ia adalah petanda bahawa nama penuh serta nombor kad pengenalan pengguna telah disahkan untuk akaun MySejahtera. Jika anda pergi ke ruangan Profile > Menu (sudut atas kanan) dan pilih My Personal Details (Butiran Peribadi Saya), anda akan melihat nama penuh dan nombor kad pengenalan telah dikelabukan. Ini menandakan ia tidak boleh diubahsuai.



Di bahagian bawah pula tertera persoalan dan jawapan:
“Kenapakah saya tidak dapat menukar nama dan nombor IC saya? – Nama dan nombor IC anda telah disahkan, jadi anda tidak dapat menukarkannya lagi.”

Jika akaun MySejahtera anda belum sah, anda akan melihat status merah dengan perkataan “Verify Now” seperti di atas, atau “Sahkan Sekarang”. Status ini kelihatan seketika apabila pertama kali membuka aplikasi selepas dikemaskini. Mungkin akan ada pilihan untuk mengesahkan status dari dalam aplikasi.

Selain itu, perubahan kecil di MySejahtera adalah lebih mudah untuk mendapatkan bantuan untuk status kesihatan dan vaksin. Di muka utama, terdapat butang kecil “Help” atau “Bantuan” di bahagian atas kanan status risiko COVID-19 dan status vaksinasi COVID-19. Apabila tekan padanya, anda boleh melaporkan kad HSO hilang atau tidak tertera di skrin, masalah berkaitan status risiko, sijil vaksinasi tidak lengkap, dan sebagainya.

Fungsi ini hadir sebelum Malaysia memasuki fasa “perubahan ke endemik” pada 1 April kelak, yang mana sempadan antarabangsa akan dibuka selepas ditutup selama 2 tahun. Pengunjung yang telah lengkap vaksin boleh memasuki Malaysia tanpa perlu kuarantin, dengan syarat mereka telah diuji negatif sebelum memasuki negara. Pengunjung juga akan menerima kad pengembara di MySejahtera sebelum dibenarkan menaik pesawat ke destinasi yang dituju.

Tags: COVID-19mysejahtera
Najib

Najib

POPULAR

MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?

MySejahtera biru tanda Sah atau Verified, siapa tau maksudnya?

21 March 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER