• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Apa beza Android Auto dengan Android Automotive?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 22/03/2022
  • Komen
Android Auto secara wayarles, cara guna di mana-mana peranti Android
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia automotif kini sedang dilanda satu revolusi. Revolusi yang membawa kearah integrasi kenderaan kepada dunia IoT. Contohnya, kini anda boleh mengakses maklumat daripada telefon terus di papan pemuka ataupun menggunakan beroleh info kesesakan jalan raya dan bernavigasi menggunakan platform pemetaan terkenal.

Android Auto adalah salah satu daripada penyedia solusi itu. Saya ada berkongsikan beberapa manfaat Android Auto dalam satu video tutorial.



Tahukah anda yang Google kini sedang bangunkan alternatif kepada Android Auto yang lebih berkuasa. Alternatif tersebut dikenali sebagai Android Automotive dan objektif yang ingin dicapai adalah sama. Menjadikan kenderaan anda lebih pintar daripada biasa.

Apa bezanya dengan Android Auto sedia ada?



Sebagai permulaan, Google melakukan pembezaan pada logo produk itu sendiri. Android Automotive (AAOS) miliki logo yang nampak lebih serius berbanding Android Auto yang lebih menggunakan falsafah Google Material Design.

Logo Android Automotif
Logo Android Auto

Tapi perbezaan paling besar adalah pada implementasi setiap produk itu sendiri. AAOS adalah sistem operasi yang dipasang terus ke dalam sistem komputer kereta. Dalam erti kata lain, ia bersifat kendiri, seperti anda pasang sebuah tablet Android pada dashboard kereta.

Papan pemuka Android Automative di Volvo XC40 Recharge Pure Electric

Ia beroperasi tanpa telefon sedangkan untuk Android Auto, sistem paparan dalam kereta adalah extension kepada telefon anda. Contoh kenderaan yang dilengkapi AAOS yang boleh anda temui di Malaysia adalah Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang kami hadiri majlis pelancarannya tempoh hari.

Sumber: 9to5Google

Bacaan berkaitan

Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya – SoyaCincau.com

Tags: androidandroid autoandroid automotive
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Android Auto secara wayarles, cara guna di mana-mana peranti Android

Apa beza Android Auto dengan Android Automotive?

22 March 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN