• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada

  • OLEH Najib
  • 7:09 pm
  • 22/03/2022
  • Komen
Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Lazada Malaysia menyambut ulangtahun ke-10 mereka dengan mengadakan jualan istimewa bulan ini. Ia disambut oleh Samsung Malaysia dengan menyediakan tawaran menarik, serta melancarkan satu model telefon pintar baru, Galaxy M33 5G eksklusif di Lazada.

Walaupun namanya hampir serupa dengan Galaxy A33, ia adalah telefon pintar yang jauh berbeza. Paling penting, Galaxy M33 lebih murah. Ia dijual di Malaysia pada harga:



  • Galaxy M33 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499

Tetapi sempena promosi pelancarannya, Galaxy M33 akan menerima diskaun sebanyak RM100. Ini menjadikan harganya cuma RM1,399. Potongan harga ini diberikan selama 3 hari, dari 27 hingga 29 Mac 2022 di Lazada sahaja.

Ada tiga warna disediakan untuk Galaxy M33 iaitu biru, coklat dan hijau.



Spesifikasi Samsung Galaxy M33 5G

Prestasi Galaxy M33 digerakkan oleh cip pemproses Exynos 1280 5nm, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan. Telefon ini juga sedia menggunakan rangkaian 5G.

Skrin Galaxy M33 agak besar, berukuran 6.6-inci jenis LCD HD Penuh bersama kadar penyegaran pantas 120Hz. Pengimbas capjarinya terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Tetapi satu sejarah terlakar untuk Galaxy M33 apabila ia menjadi telefon siri-M pertama datang tanpa pengecas di dalam kotak. Tetapi kabel USB-C ada diberikan di dalamnya.

Kamera pula ada empat di belakang, gandingan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 5MP F2.2, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapannya 8MP F2.2, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Sistem bunyi pada telefon ini hanya mono dan ia masih menyediakan jek audio 3.5mm.

Untuk perbezaan harga RM100 (atau RM200 dalam tempoh promosi) dengan Galaxy A33, kekurangan pada Galaxy M33 adalah tidak kalis air IP67, tiada skrin Super AMOLED, tiada OIS di kamera utama dan tiada speaker stereo.

Tags: Galaxy m33LazadasamsungSamsung Galaxy M33
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada

Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada

22 March 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN