• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bantu mangsa banjir melalui Lazada, beri sumbangan serendah RM1

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:21 pm
  • 23/03/2022
  • Komen
Bantu mangsa banjir melalui Lazada, beri sumbangan serendah RM1
Share on FacebookShare on Twitter

Lazada Malaysia telah mengembangkan platform LazadaForGood dengan menawarkan lebih banyak pilihan badan bukan kerajaan (NGO) untuk rakyat Malaysia menderma. Ini merupakan usaha Lazada untuk bantu mangsa banjir. Bermula dari sekarang sehingga 31 Mac 2022, anda boleh berikan sumbangan di platform itu untuk sokong usaha Lazada bantu golongan yang memerlukan.

Sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada NGO seperti MERCY Malaysia, MyFundAction, Malaysia Red Crescent, The Lost Food Project, Hospis Malaysia, SPCA, Islamic Relief Malaysia, dan UNICEF untuk dihulurkan kepada golongan yang memerlukan.



Anda boleh lakukan sumbangan serendah RM1 kepada mereka. Berikut merupakan kategori yang akan dibantu oleh Lazada dan NGO:

1. Bantuan banjir kepada komuniti yang terjejas

Beberapa kawasan di Malaysia telah terjejas akibat banjir kilat pada bulan Disember lalu diikuti hujan lebat pada Februari baru-baru ini. Anda boleh menderma kepada MERCY Malaysia, Malaysia Red Crescent, MyFundAction dan The Lost Food Project untuk bantu individu yang terlibat. Tentunya, bantuan anda itu akan membantu mereka bina semula kehidupan baru.



2. Bantuan persiapan menyambut Ramadan

Tentu ramai keluarga di Malaysia terkesan dan masih dalam proses untuk pulih daripada banjir kilat yang melanda. Sempena Ramadhan yang akan tiba nanti, anda boleh menyumbang derma seikhlas untuk keluarga yang memerlukan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Anda boleh salurkan bantuan melalui Islamic Relief Malaysia.

3. Bantuan sokongan penjagaan kesihatan

Selain itu, NGO di Malaysia juga memerlukan pembiayaan kewangan untuk pastikan komuniti yang terdedah selamat dan dilindungi sepanjang pandemik. Sumbangan dari anda boleh bantu mereka dapatkan pelbagai bekalan penjagaan kesihatan. Antarnya PPE untuk petugas barisan hadapan, kit perubatan, perkhidmatan ambulan serta peralatan dan barangan penting untuk penjagaan paliatif. Anda boleh salurkan sumbangan kepada mereka melalui Malaysian Red Crescent dan Hospis Malaysia.

4. Kebajikan haiwan

Di samping itu, kejadian banjir kilat juga telah memberi kesan kepada haiwan peliharaan. Ada yang terpisah dengan tuannya disebabkan oleh jumlat bot penyelamat yang terhad. Jika anda pencinta haiwan, maka anda boleh menyokong usaha menyelamat dan memberi tempat perlindungan kepada haiwan-haiwan ini dengan menderma kepada SPCA Selangor.

Untuk lakukan sumbangan, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Layari laman LazadaForGood
  2. Tambah item serta jumlah sumbangan ke troli
  3. Sahkan pembelian dan lakukan bayaran
  4. Setelah sumbangan diterima, NGO yang terlibat akan mengagihkannya kepada komuniti yang memerlukan.

Ini merupakan satu platform yang dipercayai untuk anda berikan sumbangan. Ramai golongan yang sangat memerlukan bantuan di luar sana. Setiap jumlah yang anda dermakan pasti akan jadi amat bermakna kepada penerima. Maka, hulurkan bantuan sekiranya anda berkemampuan.

Tags: Lazada
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bantu mangsa banjir melalui Lazada, beri sumbangan serendah RM1

Bantu mangsa banjir melalui Lazada, beri sumbangan serendah RM1

23 March 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN