• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Smart Monitor M8 ada hadiah bernilai RM947 untuk pendaftar minat dan tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 23/03/2022
  • Komen
Samsung Smart Monitor M8 ada hadiah bernilai RM947 untuk pendaftar minat dan tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung ada melancarkan paparan yang dipanggil Smart Monitor tahun lepas. Ada 2 model diperkenal ketika itu, Smart Monitor M5 dan Smart Monitor M7. Tidak lama lagi, Samsung Malaysia mahu melancarkan satu lagi model baru, Smart Monitor M8.

Pendaftaran minat untuk pembelian Samsung Smart Monitor M8 telah dibuka sekarang dan Samsung menawarkan hadiah eksklusif bernilai RM947 ketika tempahan awal, jika mendaftar minat sekarang. Selain itu, mereka yang mendaftar akan menjadi yang terawal menerima berita terkini ketibaan monitor pintar ini.



Jika berminat, boleh kunjungi laman Pendaftaran Minat Samsung Smart Monitor M8.

Samsung Smart Monitor sangat mirip dengan TV Pintar. Ini kerana ia ada sistem operasi sendiri dan boleh menjalankan aplikasi, lengkap dengan pembesar suara. Apa yang membezakan adalah panel yang lebih baik, tinggi resolusi dan cerah.



Bagi Smart Monitor M8, ia berukuran 32-inci dengan resolusi Ultra HD 4K, menawarkan warna gamut sRGB 99% yang menyokong 1.07 bilion warna dengan kecerahan setinggi 400 nits. Kelainan yang tampil pada model ini adalah ia ada kamera web mudah alih yang melekat secara magnetik. Ini membolehkan panggilan video dibuat terus padanya tanpa perlu disambung ke komputer.

Badan Smart Monitor M8 sangat nipis, dengan ketebalan hanya 11.4mm iaitu 3/4 nipis berbanding model sebelum ini. Pelbagai sambungan berwayar dan wayarles terdapat padanya, serta port USB-C yang mampu mengeluarkan tenaga 65W untuk mengecas pelbagai peranti termasuk laptop.

Sementara menunggu ketibaan Smart Monitor M8 ini, apa kata kita imbas kembali model terdahulu, Smart Monitor M5 dan M7 dalam video kami di bawah ini.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya
  • [Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas
  • Samsung perkenal monitor 4K pertama dunia dengan refresh rate 240Hz
Tags: samsungsamsung smart monitorsamsung smart monitor m8
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Smart Monitor M8 ada hadiah bernilai RM947 untuk pendaftar minat dan tempahan awal

Samsung Smart Monitor M8 ada hadiah bernilai RM947 untuk pendaftar minat dan tempahan awal

23 March 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN