• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sedia berbincang untuk ambilalih pegangan kerajaan dalam DNB

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 25/03/2022
  • Komen
Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Empat syarikat telekomunikasi (telco) utama Malaysia – Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang keinginan mereka kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk berbincang lebih lanjut tentang tawaran pengambilalihan pegangan di dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dan proses bergerak ke hadapan. Minggu lepas, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk meneruskan pebangunan 5G di Malaysia menerusi konsep rangkaian borong tunggal (SWN).

Keempat-empat telco bersedia untuk berbincang dengan kerajaan tentang maklumat lanjut pengambilalihan pegangan yang akan ditawarkan dan sedia untuk bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk pendekatan yang biasa digunakan di dalam proses Penggabungan dan Pengambilalihan (MNA). Mereka juga telah mencadangkan untuk menyediakan pasukan projek untuk menyelaraskan proses seperti usaha wajar, garis masa transaksi dan hal-hal pentadbiran lain. Mereka menekankan komitmen mereka untuk memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan 5G dan dalam merealisasikan cita-cita digital negara.



DNB adalah syarikat tujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan dan diberi mandat untuk membangunkan 5G. Empat telco ini pada awalanya tidak bersedia menandatangani perjanjian dengan DNB, sebaliknya mencadangkan kepada kerajaan untuk menggunakan konsep dwi-rangkaian 5G. Iaitu membenarkan telco membentuk konsortium membangunkan sendiri rangkaian 5G di samping DNB.

Bagi menamatkan kemelut 5G antara DNB dan telco, kerajaan telah menawarkan pegangan saham DNB sebanyak 70% kepada telco, menjadikan pegangan kerajaan di dalam DNB hanya 30%. Bagi menyokong usaha kerajaan ini, DNB turut mengumumkan untuk melanjutkan akses 5G percuma mereka sehingga 30 Jun 2022, supaya telco boleh menguji dan menyelaraskan perkhidmatan mereka dengan 5G DNB.



Buat masa ini, hanya YTL Communications dan Telekom Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk menyertai projek rintis 5G DNB. Bagaimanapun, hanya YTL menerusi Yes 5G telah mula menyediakan perkhidmatan komersial 5G kepada pengguna.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
  • 5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama
  • Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan TM sambut baik keputusan kerajaan kekalkan rangkaian 5G tunggal di Malaysia
Tags: 5gcelcomdigiDNBmaxisu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M33 5G akan tiba di sambutan Ulangtahun ke-10 Lazada

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sedia berbincang untuk ambilalih pegangan kerajaan dalam DNB

25 March 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN