• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan TM sambut baik keputusan kerajaan kekalkan rangkaian 5G tunggal di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 18/03/2022
  • Komen
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, telah memutuskan untuk meneruskan model rangkaian tunggal (SWN) 5G di Malaysia, diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Sekaligus, menolak cadangan daripada syarikat telekomunikasi (telco) untuk menggunakan model dwi-rangkaian 5G.

Bagi melancarkan lagi perjalanan pembangunan 5G dan mendapatkan kerjasama telco, kerajaan akan menawarkan 70% pegangan saham DNB kepada telco. DNB pula melanjutkan lagi tempoh ujian percuma 5G sehingga 30 Jun 2022, bagi memberi ruang kepada telco menguji keberkesanan dan keserasian rangkaian 5G DNB.



Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan berbincang

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh empat telco utama Malaysia, mereka mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meneruskan model tunggal ini, serta tawaran untuk pegangan di dalam DNB. Butiran lanjut untuk proses pelaksanaan model ini dan pegangan saham, akan dibincangkan sesama telco dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, serta DNB.

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile juga komited untuk merealisasikan cita-cita digital negara dan percaya pada faedah yang akan dibawa oleh 5G kepada perniagaan, pelanggan dan kerajaan dalam memperkukuh daya saing Malaysia di rantau ini. Mereka juga mahu pelancaran 5G untuk Malaysia dibina berdasarkan prinsip yang telus, mampan dan selamat.



TM terus mendukung usaha 5G sebagai penyedia backhaul fiber

Telekom Malaysia juga mengalu-alukan dan menyokong keputusan kerajaan untuk meneruskan model tunggal 5G, serta yakin ia mencerminkan aspirasi nasional untuk Digital Malaysia yang inklusif. Ia mengambarkan tanggungjawab bersama semua pihak untuk memacu 5G di Malaysia.

Dengan ini, telco akan memberi tumpuan kepada pelaburan dan membangunkan produk dan penyelesaian 5G yang inovatif untuk pelanggan akhir. DNB pula akan memberi tumpuan kepada pembinaan rangkaian ke arah pelaksanaan liputan dan kapasiti yang lebih pantas dengan cara yang menjimatkan kos.

TM akan terus menjadi penyedia infrastruktur backhaul fiber seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani dengan DNB pada 16 Disember 2021. Ia adalah satu contoh usahasama awam-swasta dalam pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi kritikal bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

TM kini sedang menjalankan percubaan rangkaian pelanggan di peringkat dalaman untuk membawakan penawaran fiber 5G konvergens yang dipertingkatkan, serta perkhidmatan 5G kepada pelanggan unifi dan TM ONE. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan perjanjian borong TM bersama DNB kelak.

Bacaan Berkaitan

  • Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
  • 5G percuma tanpa had dilanjutkan sehingga 30 Jun, DNB jemput telco bekerjasama
  • Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua
  • TM dipilih sebagai penyedia fiber 5G untuk DNB
Tags: 5gcelcomdigiDNBmaxisTMu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan TM sambut baik keputusan kerajaan kekalkan rangkaian 5G tunggal di Malaysia

18 Mac 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER