• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM dipilih sebagai penyedia fiber 5G untuk DNB

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 16/12/2021
  • Komen
TM dipilih sebagai penyedia fiber 5G untuk DNB
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Digital Nasional Berhad (DNB), hari ini menandatangani perjanjian Perkhidmatan Sewaan Fiber (Fibre Leasing Service agreement) bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G milik Kerajaan di seluruh negara. Ia selaras sebagai peranan utama TM sebagai pemacu Digital Malaysia, dan sebagai penyedia infrastruktur sambungan dan digital negara.

Kertas Perjanjian dengan nilai kontrak berjumlah RM2 bilion bagi tempoh 10 tahun berkenaan telah ditandatangani oleh Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Amar Huzaimi Md Deris, Naib Presiden Eksekutif, TM Wholesale. Sementara DNB telah diwakili oleh Augustus Ralph Marshall, Ketua Pegawai Eksekutif dan Dushyanthan Vaithiyanathan, Ketua Pegawai Operasi.



Di bawah perjanjian tersebut, TM akan menyediakan DNB dengan perkhidmatan sewaan fiber 5G bagi sambungan antara tapak-tapak mudah alih dan nod-nod 5G milik DNB, dengan menggunakan rangkaian kabel fiber domestik TM yang sepanjang lebih 640,000 km seluruh negara. Sebelum ini, TM bersama-sama penyedia fiber lain di Malaysia telah mengambil bahagian dalam proses Permohonan Sebut Harga (RFQ) Sewaan Fiber 5G yang dilakukan oleh DNB pada bulan Jun 2021.

DNB akan boleh memanfaatkan infrastruktur fiber dan rangkaian TM yang meluas, dan melanggan penyelesaian Fronthaul dan Backhaul RAN-to-Edge 5G TM bagi penyediaan sambungan fiber, justeru membolehkan DNB menawarkan perkhidmatan 5G di seluruh negara.



Mengulas berkenaan perjanjian tersebut, Imri berkata: “Sebagai rakan terpilih DNB dalam melaksanakan pelan pelaksanaan rangkaian 5G Kerajaan di Malaysia, termeterainya Perjanjian Fiber ini merupakan bukti teknologi rangkaian termaju dan keupayaan tenaga kerja kami dalam membawakan penyelesaian fiber ke seluruh negara. Bagi menjayakan misi ini, adalah penting untuk kami memastikan rangkaian kami kekal
mantap demi menyokong keperluan 5G pada masa akan datang dan memacu inovasi teknologi di Malaysia.”

“Dalam membawakan sambungan fiber untuk rangkaian 5G DNB, ekosistem vendor dan pembekal telekomunikasi tempatan juga bakal mendapat manfaat, dalam bidang-bidang seperti perkhidmatan kejuruteraan, pembekalan fiber, aksesori, tiang-tiang, lurang (manhole) dan peralatan premis. Berdasarkan pelaksanaan fiber kami pada masa ini, kami menjangkakan lebih 70% akan melibatkan tenaga kerja dan memberi manfaat kepada
syarikat-syarikat bumiputera dan tempatan.”

“TM turut teruja untuk memanfaatkan rangkaian 5G DNB bagi menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian 5G kepada pelanggan kediaman, PKS, perusahaan dan sektor awam kami. Dengan pelancaran perkhidmatan rangkaian 5G oleh DNB kelmarin, kami akan boleh menguji rangkaian 5G dan menawarkan perkhidmatan pada peringkat percubaan (trial basis) di kawasan-kawasan terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya,” akhiri Imri.

Tags: 5gDNBImri MokhtarRalph MarshallTM
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
TM dipilih sebagai penyedia fiber 5G untuk DNB

TM dipilih sebagai penyedia fiber 5G untuk DNB

16 December 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN