• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita DIY

Cara mudah hasilkan animasi bergerak dari lukisan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:55 pm
  • 27/03/2022
  • Komen
Cara mudah hasilkan animasi bergerak dari lukisan
Share on FacebookShare on Twitter

Anak kecil anda suka lukis gambar tak? Saya ada 2 anak kecil dan mereka sangat suka tonjolkan imaginasi mereka melalui lukisan pada kertas dan juga dinding rumah. Jika anak anda juga sering lakukan perkara yang sama, jangan buang kertas atau cat semula dinding yang mempunyai karya mereka itu, seinggalah anda tukarkan gambar tersebut menjadi animasi. Di bawah ini ialah salah satu gambar yang dilukis oleh anak saya pada dinding rumah. Jadi, saya akan tukarkannya kepada animasi.

Cara untuk hasilkannya sangat mudah. Dengan lakukan perkara ini, pasti kanak-kanak akan rasa gembira dan teruja apabila melihat lukisan yang dihasilkan itu bergerak. Anda tak perlu pasang sebarang perisian pada laptop. Perkara yang diperlukan hanyalah telefon pintar atau laptop dan Internet. Berikut merupakan langkah untuk lakukannya:



  1. Ambil gambar lukisan anak anda menggunakan kamera telefon
  2. Kemudian pergi ke laman web sketch.metademolab.com dan klik Get Started
  1. Seterusnya, muat naik gambar lukisan yang sudah diambil menggunakan kamera telefon
  1. Langkah seterusya, tetapkan karakter dalam gambar dengan memastikan ia ditempatkan di dalam kotak, kemudian tekan next.
  1. Anda kemudian perlu asingkan karakter daripada latar belakang menggunakan alat yang tersedia. Tekan Next.
  1. Cari gabungan (joints) dalam watak dengan menarik titik-titik yang tersedia. Anda boleh letakkan titik itu pada tangan, bahu, siku, kaki, lutut dan sisi muka karakter. Tekan Next.
  1. Anda perlu tunggu sebentar untuk web ini menyiapkan animasi itu. Apabila ia telah tersedia, anda boleh pilih pergerakan yang anda mahukan seperti di bawah. Ada pergerakan menari, lucu, melompat dan berjalan. Setelah itu, anda boleh muat turunnya atau kongsikannya di Facebook, WhatsApp, Twiter dan Mail.

Menarik kan? Tapi, hanya satu karakter lukisan sahaja yang boleh dikesan oleh web ini dalam satu-satu masa. Jika boleh hasilkan dua animasi serentak, tentu ianya lebih menyeronokkan. Anda boleh cubanya bersama anak anda dan kongsikan hasilnya dengan kami!

Tags: animasi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Cara mudah hasilkan animasi bergerak dari lukisan

Cara mudah hasilkan animasi bergerak dari lukisan

27 March 2022
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER