• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:19 pm
  • 29/03/2022
  • Komen
Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini melancarkan ahli ketiga siri Reno 7 mereka. Kali ini yang masuki Malaysia ialah Oppo Reno 7 Z 5G dan daripada segi spesifikasi, ia berada di bawah Reno 7 5G dan dua tangga di bawah Reno 7 Pro 5G.

Harga Oppo Reno 7 Z 5G

Oppo Reno 7 Z5G menerima tanda harga RM1,699. Hanya ada satu varian ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 128GB.



Reno 7 Z 5G akan mula dijual pada 2 April 2022. Sekiranya anda ingin dapatkan seunit telefon ini, promo pembelian awal telah bermula sehingga 1 April 2022.

Setiap pembelian awal akan menerima Reno Bag dan peluang PWP Oppo Enco Air 2 pada harga RM124 (harga asal RM249).



Bukan itu sahaja, 100 pembeli terawal turut akan terima baucar Shopee RM50 dan cawan stainless steel.

Dua ahli Oppo Reno 7 yang sudahpun dijual di Malaysia adalah Oppo Reno 7 5G dan Oppo Reno 7 Pro 5G. Harga jualan mereka masing-masing adalah RM1,999 dan RM2,999.

Reno 7 Pro 5G (kiri) & Reno 7 5G (kanan)
Reno 7 Pro 5G (kiri) & Reno 7 5G (kanan)

Spesifikasi Oppo Reno 7 Z 5G

Seperti namanya, sokongan untuk bersambung ke rangkaian 5G hadir daripada penggunaan cip Snapdragon 695 5G. Cip ini boleh anda temukan pada Realme 9 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G.

Bersama-sama dengan SoC itu, Oppo memperlengkap telefon ini dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB.

Beralih ke bahagian muka telefon, Reno 7z G diberikan panel FHD+ sebesar 6.43” AMOLED dengan kecerahan maksimum boleh mencapai 600 nits. Kamera selfie 16MP boleh ditemukan pada bahagian penjuru kiri paparan dalam paparan berlubang.

Masih tentang kamera, belakang telefon ini ada tiga kamera. Kamera utamanya adalah 64MP dan diikuti dua kamera 2MP, masing-masing unuk monokrom dan makro. Sama seperti semua telefon yang diperkasa Sapdragon 695 5G, telefon ini juga tak boleh merakam video 4K, hanya dimaksimumkan pada paras 1080p 30fps sahaja.

Bateri berkapasiti 4,500mAh membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik telefon ini. Reno 7 Z 5G menyokong pengecasan pantas Supervooc pada kadar 33W. Makanya mengisi penuh tangki baterinya adalah pantas, kurang daripada 1 jam.

Tags: androidoppoOppo Renooppo reno 7z 5goppo reno 7z pro 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

29 March 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN