• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP Pengeluaran Khas: Apa pasal keluar RM10,000 tapi kena ganti RM12,000?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:25 pm
  • 31/03/2022
  • Komen
KWSP Pengeluaran Khas: 5 Perkara yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

1 April 2022 adalah hari mulanya permohonan untuk menyertai fasiliti Pengeluaran Khas daripada KWSP. Laman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sudahpun diaktifkan tapi masih belum ada butang untuk memohon.

Sekiranya anda pergi ke sana, anda dihidangkan dengan senarai soalan lazim yang kebanyakannya kami telah ulasnya dalam artikel ini. Tapi ada satu soalan yang tidak diperjelas walaupun dalam saluran media sosial KWSP seperti soalan-soalan lain.



KWSP Pengeluaran Khas: 5 Perkara yang anda perlu tahu – SoyaCincau.com

Keluarkan RM10,000 kena bayar semula RM12,000?

Soalan yang ke-15 ada menyentuh tentang penggantian semula amaun pengeluaran. KWSP menyatakan yang “ahli perlu menggantikan semula” amaun yang dikeluarkan menerusi fasiliti Pengeluaran Khas dan ada tambahan 20%. Contohnya, sekiranya anda keluarkan RM10,000, ahli perlu “ganti” RM12,000.



Dari manakah datangnya wang 20% ini, adakah akan ada peningkatan potongan gaji untuk caruman? Kemudian, dalam penjelasan di bawah soalan yang sama ada menyebut tentang caruman akan dimasukkan sepenuhnya (100%) ke dalam Akaun 1.

Saya sudah menghubungi KWSP untuk bertanyakan tentang hal ini dan akan kemas kini sejurus menerima maklumat jelas.

Sebenarnya tiada istilah ganti pun

Berdasarkan pemahaman saya, tiada istilah penggantian pun untuk Pengeluaran Khas. Malahan, saya rasakan yang penjelasan untuk soalan ke-15 agak mengelirukan.

Sepatutnya, KWSP memberitahu yang akan ada penyelarasan pada pecahan caruman ahli. Dalam keadaan biasa, setiap caruman akan dipecahkan mengikut nisbah 70:30, masing-masing kedalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Tapi untuk Pengeluaran Khas, KWSP mengubah nisbah itu menjadi 100:0. Maknanya semua caruman KWSP ahli setakat menyamai amaun yang dikeluarkan dan ditambah 20%, akan masuk ke Akaun 1. Setelah itu, barulah nisbah 70:30 asal dikembalikan.

Penjelasan daripada saya ini mengguna pakai anggapan yang tiada perubahan pada caruman bulanan ahli.

Bacaan berkaitan

KWSP Pengeluaran Khas: 5 Perkara yang anda perlu tahu – SoyaCincau.com

Tags: kwsppengeluaran khaspengeluaran khas kwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
KWSP Pengeluaran Khas: 5 Perkara yang anda perlu tahu

KWSP Pengeluaran Khas: Apa pasal keluar RM10,000 tapi kena ganti RM12,000?

31 March 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN