• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semakin ramai wanita Malaysia berani melabur aset digital seperti kriptowang, jumlah transaksi melebihi RM2 bilion

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:38 pm
  • 31/03/2022
  • Komen
Semakin ramai wanita Malaysia berani melabur aset digital seperti kriptowang, jumlah transaksi melebihi RM2 bilion
Share on FacebookShare on Twitter

Luno adalah platform pertukaran wang kripto pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan wangkripto seperti Bitcoin dan Ethereum di Luno.

Menariknya, mereka dapati penglibatan pengguna wanita telah meningkat sejak kebelakangan ini. Pengguna wanita daripada 16 ribu pada tahun 2020 telah meningkat kepada lebih daripada 120 ribu pada 2021. Ini merupakan kenaikan sebanyak lebih tujuh kali ganda. 



Di samping itu, jumlah transaksi pengguna wanita juga telah meningkat 12 kali ganda dari tahun-ke-tahun (YoY) daripada RM170 juta kepada lebih daripada RM2 bilion. Menurut mereka, hal ini menunjukkan trend positif dalam pelaburan aset digital dalam kalangan pengguna wanita di Malaysia. Data ini adalah berdasarkan aktiviti pengguna wanita Luno di Malaysia pada 2021.

Di Luno, majoriti pengguna wanita Malaysia membeli kriptowang untuk tujuan pelaburan. Manakala selebihnya adalah untuk perdagangan, penghantaran dan penerimaan, dan pembayaran. Di samping itu, sebahagian besar daripada aktiviti transaksi adalah melibatkan golongan berusia 30 hingga 39 tahun, iaitu sebanyak 33%. Ia diikuti oleh pengguna berusia 25 hingga 29 tahun sebanyak 25%, 18 hingga 24 tahun 17%, dan 40 hingga 49 sebanyak 16%. Majoriti pengguna wanita adalah daripada pelbagai latar belakang kerjaya, ia termasuklah dari pendidikan, penjagaan kesihatan, perakaunan, pentadbiran, serta pengilangan dan pembuatan.



Menurut Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Scarlett Chai, mereka kini komited untuk membimbing orang ramai mengenai kelebihan aset digital sebagai pelaburan alternatif. Mereka juga sediakan siri webinar pendidikan khusus untuk wanita, iaitu siri Women-in-Crypto untuk menyediakan akses yang lebih mudah pada platform Luno.

Selain itu, berikutan pengguna wanita yang kian meningkat, Scarlett Chai juga berkata bahawa mereka ingin mewujudkan satu ruang yang selamat supaya golongan wanita dapat mempelajari topik-topik berkenaan aset digital. Dengan usaha yang dilakukan Luno ini, pastinya ramai lagi wanita akan berkecimpung dalam dunia aset digital sekaligus mempunyai ilmu yang sangat tinggi berkaitan pelaburannya.

Tags: Luno
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Semakin ramai wanita Malaysia berani melabur aset digital seperti kriptowang, jumlah transaksi melebihi RM2 bilion

Semakin ramai wanita Malaysia berani melabur aset digital seperti kriptowang, jumlah transaksi melebihi RM2 bilion

31 March 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN