• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Carian 2 laman web haiwan ini popular di Google bulan lepas, apa yang menarik?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:56 pm
  • 06/04/2022
  • Komen
Carian 2 laman web haiwan ini popular di Google bulan lepas, apa yang menarik?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam senarai 10 carian popular Google bulan Mac tahun ini, nampaknya topik berkaitan sukan mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana, 5 dari 10 carian adalah mengenai sukan. Ia merangkumi sukan kriket, bola sepak dan badminton. Tapi antara semua itu, hanya sukan badminton sahaja yang melibatkan atlet Malaysia. Ini menunjukkan ramai dalam kalangan pengguna suka mengikuti perkembangan sukan antarabangasa. Pastinya, mereka mempunyai atlet atau pasukan kegemaran masing-masing.

Selain itu, dalam senarai ini juga ada 2 carian berkaitan laman web tersenarai iaitu Animal Face Site dan Kuiz Hari Bumi. Kedua-dua laman web ini menyediakan aktiviti kepada pengguna dan ia ada kaitan dengan haiwan. Carian lain yang banyak dilakukan adalah mengenai artis wanita Siti Hariesa, hari peristiwa Nisfu Syaban dan Keputusan PRN Johor 2022. Berikut merupakan perincian 10 carian Google teratas untuk bulan Mac:



1. Australia vs Pakistan

Pertandingan kriket berada di kedudukan pertama untuk carian bulan lalu. Carian Australia vs Pakistan ini merupakan saingan dalam Australia Tour of Pakistan. Australia kini mendahului dengan 88 larian. Kali terakhir Australia melawat Pakistan adalah pada tahun 1998 dan mereka memenangi siri Test 1-0. Carian ini dicari ramai mungkin kerana ramai yang ingin mengetahui siapa yang menang dalam pertemuan semula ini.

2. Animal Face Site

Animal Face Site merupakan laman web dan aplikasi telefon, yang membolehkan anda ketahui haiwan yang paling mirip dengan wajah anda. Ada 5 senarai haiwan akan dinyatakan, anda boleh lihat peratusan mirip wajah anda dengan haiwan tersebut di situ. Penerangan mengenai personaliti anda turut dikongsikan. Platform ini biasa sahaja, tapi menariklah bila muka dimiripkan dengan haiwan yang comel. Mungkin ramai yang mencarinya sebab mahu cuba dan ingin tahu haiwan yang mirip dengan muka.



3. Siti Hariesa

Siti Hariesa merupakan pelakon yang sedang meningkat naik. Pada bulan lalu, dia berdepan dengan kontroversi selepas klip lakonan “panasnya” bersama Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu… menjadi tular. Jika lakukan carian namanya di Google, pasti anda akan dapat lihat beberapa tangkap layar dari klip tersebut.

4. Manchester City vs Manchester United

Manchester City berdepan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana yang berlangsung di Etihad pada bulan lalu. The Citizens meraih kemenangan 4-1 menentang Red Devils. City tidak pernah mengalahkan United di Etihad sejak 2018, tapi mereka bermula sempurna selepas De Bruyne membuka jaringan seawal minit kelima. Pasti hal ini menggembirakan peminat Manchester City.

5. Swiss Open 2022

Swiss Open 2022 yang berlangsung dari 22 hingga 27 Mac lalu, mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia untuk membuat carian kerana ada yang ingin menyokong atlet Malaysia bersaing dalam kejohanan badminton ini. Tapi, atlet harapan Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani tumbang 18-21, 19-21 kepada atlet dari Indonesia dalam perlawanan akhir beregu lelaki di Basel.

Sumber

6. Indian Wells

Indian Wells ialah kejohanan tenis tahunan yang biasanya diadakan pada awal dan pertengahan Mac di Indian Wells Tennis Garden di Indian Wells, California, Amerika Syarikat. Ia berlangsung pada 8 Mac dan berakhir pada 20 Mac 2022.

7. Nisfu Syaaban

Apabila membuat carian tentang Nisfu Syaaban, akan disenaraikan pelbagai perkara berkaitannya, contohnya tarikh, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan cadangan amalan yang boleh dilakukan pada malam itu. Malam Nisfu Syaaban di Malaysia adalah pada 18 Mac 2022, Jumaat. Mungkin ramai yang membuat carian tentangnya kerana ingin tahu lebih mendalam tentang Nisfu Syaaban dan ingin membuat lebih amalan pada malam itu.

8. Keputusan PRN Johor 2022

Pilihan raya negeri Johor tahun ini, berlangsung pada 12 Mac 2022. Ia dilakukan untuk memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri Johor ke-15. Keputusan untuk pilihan raya ini ialah Barisan Nasional memperoleh undi terbanyak dengan 40 kerusi. Ia diikuti PH + MUDA 13 kerusi dan PN 3 kerusi.

Sumber

9. Kuiz Hari Bumi

Sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April, Google telah lancarkan satu kuiz khas yang bertajuk Earth Day: Which animal are you?. Melalui kuiz ini, anda perlu jawab beberapa soalan untuk ketahui haiwan yang sinonim dengan diri anda. Bermacam jenis soalan berkaitan aktiviti harian akan ditanya. Pada bulan lepas, saya perasan ramai kenalan saya di Instagram kongsikan keputusan kuiz ini di Stories. Anda ada jawab tak kuiz ini?

10. Real Madrid vs Barcelona

Perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Barcelona telah berlangsung pada 20 Mac lalu di stadium Bernabeu Madrid, Sepanyol. Carian ini mungkin dilakukan peminat berikutan ingin melihat semula tayang video kekalahan Real Madrid 0-4 ditewaskan pasukan Barcelona.

Tags: Carian GoogleGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Carian 2 laman web haiwan ini popular di Google bulan lepas, apa yang menarik?

Carian 2 laman web haiwan ini popular di Google bulan lepas, apa yang menarik?

6 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER