• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Nantikan pengumuman iOS, iPadOS dan MacOS baru di WWDC 2022 pada 6 Jun

  • OLEH Najib
  • 3:06 pm
  • 07/04/2022
  • Komen
Nantikan pengumuman iOS, iPadOS dan MacOS baru di WWDC 2022 pada 6 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Persidangan Pembangun Sedunia Apple atau WWDC 2022 tahun ini akan diadakan bermula pada 6 Jun dan tamat pada 10 Jun 2022. Acara ini akan diteruskan dalam format maya untuk tahun ketiga berturut-turut. Ia dinantikan ramai pihak, bukan sahaja pembangun aplikasi tetapi juga pengguna biasa kerana Apple akan membentangkan perancangan mereka untuk sistem operasi akan datang termasuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS.

Sehingga kini, terdapat lebih 30 juta pembangun aplikasi di dalam komuniti antarabangsa Apple dan mereka akan mendapat maklumat terkini tentang Apple serta akses kepada teknologi dan perkakas untuk menjadikan wawasan mereka kepada kenyataan.



Selain pengumuman yang dikongsikan daripada ucaptama dan wakil-wakil berkenaan, acara WWDC tahun ini akan melibatkan lebih banyak sesi perkongsian maklumat, makmal pembelajaran lebih canggih, ruang legar digital untuk beramah mesra dengan peserta, serta lebih banyak kandungan tempatan di dalam acara antarabangsa ini.

Apple juga akan mengadakan hari khusus untuk pembangun dan pelajar secara fizikal di Apple Park pada 6 Jun nanti. Ruang yang disediakan sangat terhad dan akan dikongsikan di laman web Apple Developer dan aplikasi tidak lama lagi.



Turut diumumkan adalah cabaran Swift Student buat tahun ketiga. Pembangun aplikasi muda dan baru, boleh belajar bahasa pengaturcaraan Swift di dalam aplikasi Swift Playground di iPad dan Mac, yang direka untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Cabaran ini terbuka kepada semua pelajar di seluruh dunia dan peserta dijemput untuk mencipta projek aplikasi Swift Playground mengikut topik yang mereka pilih. Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh didapati di sini.

Pemenang cabarang Swift Student akan menerima hadiah percuma pakaian eksklusif WWDC22, set pin unik dan 1-tahun keahlian Apple Developer Program yang bernilai USD99 (~RM417). Penyertaan boleh mula dihantar pada 5 April sehingga 24 April 2022.

Tags: appleApple WWDCwwdc 2022
Najib

Najib

POPULAR

Nantikan pengumuman iOS, iPadOS dan MacOS baru di WWDC 2022 pada 6 Jun

Nantikan pengumuman iOS, iPadOS dan MacOS baru di WWDC 2022 pada 6 Jun

7 April 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN