• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Health sediakan ciri baru, berguna untuk pengguna yang sering lupa makan ubat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:56 pm
  • 13/04/2022
  • Komen
Apple Health sediakan ciri baru, berguna untuk pengguna yang sering lupa makan ubat
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu tak guna aplikasi Health dalam peranti Apple? Jika ya, aplikasi itu nampaknya akan jadi lebih menarik berikutan Apple merancang untuk mengembangkan ciri didalamnya tahun ini. Apple dikatakan akan menambah ciri penjejak tidur tambahan, pengurusan ubat dan ciri kesihatan wanita baharu.

Melalui ciri pengurusan ubat, ia akan membenarkan pengguna mengimbas botol pil mereka ke dalam aplikasi. Kemudian, perisian ini akan bantu mengingatkan pengguna untuk mengambil ubat mereka. Tapi, tidak semua ciri yang dirancang akan tersedia semasa pelancaran.



Ciri Baru Apple Watch

Di samping itu, untuk Apple Watch, mereka akan menambah ciri pengesanan suhu badan pada tahun ini. Alat pengesanan suhu tersebut boleh bantu mengembangkan ciri penjejakan kesuburan pada Apple Watch. Hal ini kerana, suhu badan akan berubah sepanjang kitaran haid. Jadi, data tersebut boleh bantu meramalkan jika pemakai itu mungkin sedang haid atau mengandung.

Selain itu, Apple juga masih berusaha membangunkan monitor tekanan darah yang berguna untuk mengesan kesihatan jantung. Tapi ketepatan tekanan darah telah menjadi satu cabaran semasa ujian dijalankan. Pakar mengatakan bahawa ciri ini perlu diperhalusi sebelum ia boleh berfungsi dengan baik kepada pengguna. Ciri ini telah dirancang lebih kurang empat tahun, tetapi ia mungkin akan siap dua tahun lagi.



Bukan itu sahaja, Apple juga sedang berusaha untuk membawa sambungan satelit ke Apple Watch. Teknologi ini akan membolehkan pengguna menghantar mesej kepada kakitangan kecemasan melalui rangkaian satelit dan melaporkan insiden. Ada banyak ciri baru yang akan dibangunkan Apple, mana satu ciri yang anda rasa berguna untuk kesihatan anda?

[Sumber: TheVerge, Bloomberg]

Tags: appleApple Health
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Apple Health sediakan ciri baru, berguna untuk pengguna yang sering lupa makan ubat

Apple Health sediakan ciri baru, berguna untuk pengguna yang sering lupa makan ubat

13 April 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN