• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A96 bakal tiba, ada hadiah percuma untuk tempahan awal sekarang

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 13/04/2022
  • Komen
Oppo A96 bakal tiba, ada hadiah percuma untuk tempahan awal sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang baru, Oppo A96 tidak lama lagi. Ia akan menggantikan tempat Oppo A95 yang dilancarkan pada akhir tahun lepas.

Majlis pelancaran Oppo A96 akan diadakan pada 18 April 2022 dan harga rasminya akan diumumkan pada acara tersebut. Sebelum ia dilancarkan, Oppo kini membuka tempahan awal tanpa memberitahu harga tetapi pembeli akan menerima pelbagai ganjaran.



Tempahan awal untuk Oppo A96 dibuka dari sekarang sehingga 17 April 2022. Kepada yang berminat, tempahan awal ini boleh dilakukan di Stor Online Oppo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Bayaran RM100 perlu dibuat semasa tempahan awal ini dan pembeli akan menerima baucar bernilai RM100 dan sekotak hadiah misteri. Baucar ini perlu digunakan untuk membeli Oppo A96 selewatnya pada 18 Mei 2022 dan akan terbatal jika tidak digunakan.

Di samping itu, pembeli yang membuat tempahan awal juga layak membeli beberapa produk Oppo dengan diskaun 50% iaitu Oppo Watch Free, Oppo Band atau Oppo Enco Air.



Untuk perbandingan, Oppo A95 dilancarkan tahun lepas berharga RM1,099 dan datang bersama RAM 8GB serta storan 128GB. Bagi Oppo A96, ia dinyatakan akan hadir dengan storan lebih besar 256GB. Pasti harganya nanti akan lebih mahal, melebihi RM1,099.

Spesifikasi Oppo A96

Walaupun belum dilancarkan, Oppo Malaysia telah berkongsikan beberapa maklumat tentang spesifikasi Oppo A96. Malah, ia kelihatan serupa dengan model sama yang telah dilancarkan di India.

Kuasa Oppo A96 digerakkan oleh cip Snadragon 680 tanpa 5G, yang turut digunakan di Redmi Note 11 dan Realme 9i. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS2.2 besar 256GB. Kad mikroSD sedia diterima dan RAM boleh diluaskan seara maya.

Agak aneh apabila Oppo A96 kembali menggunakan skrin LCD, sedangkan Oppo A95 telah menggunakan skrin AMOLED. Skrin LCD di Oppo A96 seluas 6.59-inci HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari digabungkan dengan butang kuasa di sisi.

Bilangan kamera turut berkurangan. Di belakang, hanya ada kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4. Tiada kamera ultra lebar atau makro. Di hadapan pula menggunakan kamera 16MP F2.0, terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Bateri dan pengecasnya nampak masih sama. Oppo A96 dipasang bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W USB-C. Harapnya pengecas masih diberikan bersama di dalam kotak. Ia ada sistem bunyi stereo serta masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A95: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno7 Z 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno 7 5G & Reno 7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A96
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Oppo A96 bakal tiba, ada hadiah percuma untuk tempahan awal sekarang

Oppo A96 bakal tiba, ada hadiah percuma untuk tempahan awal sekarang

13 April 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER