• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aksi dendam kesumat The Batman boleh ditonton di rumah anda mulai 18 April

  • OLEH Najib
  • 1:28 am
  • 13/04/2022
  • Komen
Aksi dendam kesumat The Batman boleh ditonton di rumah anda mulai 18 April
Share on FacebookShare on Twitter

The Batman adalah filem tentang adiwira kegelapan bandar Gotham yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Mac lepas. Mulai 18 April 2022, orang ramai boleh menontonnya dari keempukan sofa di rumah sendiri menerusi platform penstriman HBO GO.

Selain filem terbaru The Batman, HBO Go turut menyediakan beberapa tajuk filem Batman lain di dalam pustakanya seperti Batman v Superman: Dawn of Justice, The Dark Knight, serta edisi khas pengarah Zack Snyder’s Justice League.



Filem The Batman mengisahkan tentang pembunuh bersiri kejam yang mensasarkan golongan elit di Gotham, sambil meninggalkan petunjuk kepada Batman ke dunia gelap penjenayah. Di sana, Batman bertemu pelbagai watak seperti Catwoman, the Penguin, the Riddler dan Carmine Falcone dalam usahanya menegakkan keadilan di bandar Gotham yang telah rosak dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Watak Batman dan Bruce Wayne dibintangi oleh Robert Pattinson, bersama pelakon seperti Zoe Kravitz (Catwoman), Paul Dano (the Riddler), Jeffrey Wright (James Gordon), John Turturro (Carmine Falcone), Peter Sarsgaard (Gil Colson), Jayme Lawson (Bella Real), Andy Serkis (Alfred), dan Colin Farrell (the Penguin).



Dihasilkan oleh Warner Bros. Pictures, filem The Batman diarahkan oleh Matt Reeves bersama Peter Craig. Filem ini bukan sebahagian daripada DC Extended Universe (DCEU) yang menggabungkan beberapa watak adiwira DC seperti Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan Cyborg. Sebaliknya ia lebih menceritakan tentang kehidupan awal Bruce Wayne yang masih dibelenggu dendam kesumat kematian ibubapanya.

Kepada yang berminat untuk melanggan HBO Go, boleh berbuat demikian dengan mendaftar di laman web HBO Go Asia dan melanggan pelan sebulan RM34.90 atau pelan 3 bulan RM69.90 (RM23.30/bulan). Pelanggan Astro pek Movie menerima akses percuma ke HBO Go. Manakala pelanggan Astro bukan pek movie, boleh melanggan HBO Go sahaja pada harga RM25 sebulan.

Apa yang membezakan HBO Go berbanding Netflix adalah ia memiliki filem dan drama bersiri keluaran Warner Bros, antara yang popular adalah Game of Thrones dan Friends Reunion. Malah, ia juga menjadi pusat utama filem DC seperti siaran eksklusif Justice League Snyder’s Cut, serta filem-filem Superman, Batman, Wonder Woman dan Suicide Squad.

Tags: HBOHBO GOThe Batman
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Aksi dendam kesumat The Batman boleh ditonton di rumah anda mulai 18 April

Aksi dendam kesumat The Batman boleh ditonton di rumah anda mulai 18 April

13 April 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN