• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro Hero 10 Black Bones lebih ringan daripada Hero 5 Session, tapi jauh lebih berkuasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:31 am
  • 14/04/2022
  • Komen
GoPro Hero 10 Black Bones lebih ringan daripada Hero 5 Session, tapi jauh lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

GoPro melancarkan varian terbaharu ke dalam siri Hero 10 Black mereka. Namanya ialah GoPro Hero 10 Black Bones. Daripada spesifikasi dan rupa parasnya, ternyata ia ditujukan pada pilot dron FPV yang sedang mencari kamera yang lebih segar untuk merakam penerbangan mereka.

Setakat hari ini, antara solusi paling berkesan adalah menggunakan GoPro Hero Session. Namun, model tahun 2015 ini ternyata sudah lapuk ditelan zaman dan Hero 10 Black sedia ada adalah 158 (216%) lebih berat berbanding Hero 5 Session. Dalam situasi setiap gram sangat berharga, pilot FPV memang tiada pilihan, mereka perlu pilih salah satu antara kualiti video ataupun waktu penerbangan yang lebih lama.



Namun, Hero 10 Black Bones lebih ringan daripada Hero 5 Session dengan jisim 54g sahaja (-35%). Kini, mereka boleh dapatkan waktu terbang paling optimum dengan kualiti video yang tidak terjejas. Hero 10 Black Bones memiliki segala yang Hero 10 Black Biasa mampu lakukan. Ia bleh merakam dalam resolusi sehingga 5.3K60 dengan penstabip imej HyperSmooth 4.0.

Untuk mengurangkan jisim sebanyak mungkin, banyak benda yang dibuang. Hero 10 Black Bones tiada skrin dan lebih penting, kamera ini tidak didatangkan dengan sumber kuasa. Ia perlu mengambil kuasa daripada sumebr luar dengan sambungan daripada port battery eliminator. Sistem keselamatan pada kamera membolehkan ia mengendalikan voltan daripada 5 hingga 27 volt tanpa masalah.



GoPro Hero 10 Black Bones setakat ini hanya dijual dalam pasaran Amerika Syarikat. Harganya tidaklah murah. Pengguna di sana boleh dapatkannya pada harga USD499 (RM2,111) ataupun USD399 (RM1,688) sekiranya anda melanggan bersama GoPro Subscription. Untuk perbandingan, Hero 10 Black biasa boleh anda dapatkan pada harga kurang daripada RM2,000 di Malaysia sedangkan harga pelancarannya adalah RM2,399.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: GoProgopro herogopro hero 10 blackgopro hero 10 black bones
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

GoPro Hero 10 Black Bones lebih ringan daripada Hero 5 Session, tapi jauh lebih berkuasa

GoPro Hero 10 Black Bones lebih ringan daripada Hero 5 Session, tapi jauh lebih berkuasa

14 April 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN