• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ePemula: Ini penjelasan Grab kenapa kredit ditukar baucar, tapi anda tentu tahu apa sebab sebenarnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:18 pm
  • 15/04/2022
  • Komen
ePemula: Ini penjelasan Grab kenapa kredit ditukar baucar, tapi anda tentu tahu apa sebab sebenarnya
Share on FacebookShare on Twitter

GrabPay adalah salah satu daripada empat e-dompet yang dipilih untuk jadi saluran pengedaran kredit RM150 ePemula. Menjadi satu-satunya e-dompet yang dikendalikan syarikat yang bukan berpengkalan di Malaysia, Grab melakukan satu perkara unik yang tidak dilakukan oleh BigPay, Shopee, dan TNG eWallet.

Arahan Kerajaan Malaysia adalah untuk memberikan kredit e-dompet sebanyak RM150 kepada penerima yang layak, tapi di pihak Grab, mereka mengevolusikannya menjadi baucar.



Bukan baucar biasa, tapi baucar yang dipecahkan menjadi didominator RM5/RM10/RM15/RM20/RM30. Kami ada laporkannya di sini sekiranya anda ingin mengetahuinya lebih lanjut.

Kenapa ramai pengguna yang menyesal tebus ePemula di Grab? – SoyaCincau.com



Apa kesannya kepada pengguna?

Apabila kredit ditukar menjadi baucar, mereka perlu pula mengikut Terma & Syarat tambahan yang hadir bersama-sama baucar. Contohnya, baucar tidak boleh ditindan dan sah untuk satu transaksi sahaja.

Contoh yang diberikan kepada kami adalah, sekiranya anda pergi ke H&M dan beli barang bernilai RM31, anda boleh gunakan baucar RM30 dan tambah RM1 duit sendiri untuk selesaikan transaksi.

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengguna boleh membelanjakan kredit sesuka hati selagi mematuhi Terma & Syarat ePemula.

Penjelasan Grab tentang tindakan menukarkan kredit kepada baucar

Dalam satu siaran media, Grab ada memperjelas kenapakah baucar bernilai RM150 yang diberikan kepada penerima ePemula. Berikut adalah petikan daripada siaran media tersebut:

“Since the launch of the GrabPay e-wallet, we have been working alongside like-minded partners and government agencies to grow cashless adoption amongst Malaysians. Parallel to that, we have also been working with them to help businesses to digitalise and embrace the digital economy, which is aligned with the government’s national agenda. Together, we have helped thousands of micro, small and medium-sized businesses transition online and to accept cashless payments as a means to overcome the movement control restrictions. Inline with the essence of ePemula, GrabPay fractionalised the RM150 credit from MOF (Ministry of Finance) to smaller denomination of cash vouchers provide eligible claimants more opportunities to spend prudently while benefiting multiple brick and mortar businesses as they strive to recoup their offline sales whilst still leveraging the benefits of the digital economy.“

Intipati yang boleh disaring daripada perenggan di atas adalah, Grab ingin membolehkan lebih banyak pengusaha mikro, kecil, sederhana menikmati manfaat ePemula. Pemberian baucar dalam bentuk denominator kecil membolehkan pengguna menggunakan e-dompet dengan lebih kerap, selari dengan objektif ePemula.

Grab mempamerkan contoh tidak sihat

Dengan tindakan sebegini, Grab dilihat mempamerkan contoh tidak sihat kepada yang lain. Maksud saya, untuk inisiatif yang seterusnya, sudah tentu Shopee akan memulakan pemberian baucar RM1 sebanyak 150 unit lantas memaksa pengguna menambah nilai akaun ShopeePay mereka.

Kami telah laporkan ramai yang tidak berpuas hati malah menyesal bila mereka menebus ePemula melalui Grab kerana ia mengehadkan bagaimana cara mereka ingin membelanjakan kredit Rm150 yang diperuntukkan kerajaan kepada mereka.

Satu lagi isu yang perlu diperjelas Grab. Apabila baucar tamat tempoh kelak, adakah mereka akan memulangkan nilai yang tidak dibelanjakan kepada MOF?

Bacaan berkaitan

Kenapa ramai pengguna yang menyesal tebus ePemula di Grab? – SoyaCincau.com

Penerima ePemula cari pelbagai cara untuk cash out kredit RM150 – SoyaCincau.com

ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam – SoyaCincau.com

Tags: ePemulaGrab
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ePemula: Ini penjelasan Grab kenapa kredit ditukar baucar, tapi anda tentu tahu apa sebab sebenarnya

ePemula: Ini penjelasan Grab kenapa kredit ditukar baucar, tapi anda tentu tahu apa sebab sebenarnya

15 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER