• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS syor pengguna lebuhraya ikuti jadual ini balik kampung untuk perjalanan lebih lancar

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 25/04/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 2 tahun tidak dapat pulang ke kampung berhari raya, rakyat Malaysia dijangka akan meninggalkan bandar untuk pulang bertemu keluarga menyambut hari raya tahun ini. Pihak konsesi lebuhraya PLUS menjangkakan sekitar 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya utara-selatan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

Sehubungan itu, PLUS telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) ‘Balik Kampung’ dan ‘Pulang Ke Bandar’ bagi perjalanan di lebuhraya antara 29 April hingga 9 Mei 2022. TTA diadakan untuk menyusun pergerakan trafik dan megelakkan kesesakan memasuki lebuhraya secara serentak di laluan utama, plaza tol serta kawasan rehat dan rawat (R&R).



Jadual Cadangan Lebuhraya PLUS untuk Hari Raya 2022

Waktu terbaik keluar Lembah Klang (29 April hingga 2 Mei)

Jika anda dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dan mahu menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Utara), PLUS mencadangkan agar anda memulakan perjalanan sebelum pukul 10 pagi.

Manakala perjalanan dari Lembah Klang ke kawasan berdekatan serta negeri selain di atas tadi, dicadangkan bermula selepas 1 petang.



Waktu terbaik pulang ke Lembah Klang (5 hingga 9 Mei 2022)

Untuk pulang ke Lembah Klang selepas Hari Raya pula, PLUS mencadangkan hanya satu masa untuk semua negeri iaitu sebelum pukul 9 pagi. Bermakna, bertolak awal agar perjalanan lebih lancar dibantu penyusunan trafik oleh PLUS.

PLUS menyatakan, TTA ini direka untuk mengelak trafik yang menuju ke destinasi yang lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat. Dengan mematuhi TTA ini, ia boleh memberikan perbezaan yang lebih baik kepada pengalaman dan tempoh perjalanan anda. Berdasarkan kajian PLUS bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. menerangkan, “Memandangkan ini adalah kali pertama selepas 2 tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, kami menjangka kira-kira 2 juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya kami. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan ia mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda. Jadi, kami menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar.”

Sokongan atas jalan PLUS untuk membantu pengguna lebuhraya

Bagi mengurangkan kesesakan di semua 1,100 lorong tol di 94 plaza tol serta kawasan R&R di sepanjang lebuh raya dari 29 April hingga 9 Mei yang akan datang, PLUS akan mengugaskan 1,500 Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA) di plaza dan lorong tol. PLUS juga akan menempatkan kakitangan tambahan dari Ibu Pejabat untuk memberikan sokongan di plaza-plaza tol utama di seluruh negara.

Semua plaza tol PLUS kini menerima 3 jenis pembayaran tol iaitu kad Touch n Go, SmartTAG dan yang terbaru, RFID. Paling penting, pengguna perlu menggunakan jenis pembayaran yang sama apabila masuk dan keluar dari lebuhraya. Jika masuk dengan RFID, maka mesti keluar dengan RFID. Pastikan juga baki kad Touch n Go atau eWallet (untuk RFID) mencukupi untuk perjalanan.

Tags: Hari Rayaplus
Najib

Najib

POPULAR

PLUS syor pengguna lebuhraya ikuti jadual ini balik kampung untuk perjalanan lebih lancar

25 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER