• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Netflix

Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:39 pm
  • 26/04/2022
  • Komen
Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Hari Raya Aidilfitri nanti, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman bertemu keluarga. Sekiranya ada yang masih fikirkan aktiviti untuk dilakukan pada malam raya, apa kata anda isi masa lapang bersama keluarga dengan menonton filem Malaysia menarik di Netflix ini. Bermula pada 27 April, Netflix akan bawakan 3 filem tempatan menarik di platform itu.

Didahului dengan filem Kongsi Raya pada 27 April, anda boleh hiburkan hati sambil menonton filem komedi menyentuh hati ini. Ia mengisahkan tentang seorang chef dan penerbit rancangan TV yang jatuh cinta, tapi bapa mereka bertelagah dan mencabar satu sama lain untuk memasak.



Seterusnya pada 1 Mei, anda akan diberi pilihan untuk menonton filem Prebet Sapu. Ia mengisahkan tentang seorang pemandu e-hailing haram yang buta warna bernama Aman. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

Selain itu, turut diketengahkan filem yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar, Showtime 1958. Ia akan menemui anda pada 3 Mei nanti. Dalam filem ini pengarah P. Ramlee menganjurkan rancangan bagi mengumpul dana untuk rakan penghiburnya yang kehilangan pekerjaan sebelum hari raya.



Filem-filem hebat ini akan menyertai pelbagai filem klasik buatan Malaysia yang kini disiarkan di Netflix. Ia termasuklah sitkom Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem aksi-komedi blokbuster Bulan dan Pria Terhebat, filem romantik diinspirasikan dari kehidupan sebenar iaitu Pulang dan filem kegemaran kanak-anak, BoBoiBoy.

Dengan adanya penambahan 3 filem tersebut, bolehlah anda maraton pelbagai filem tempatan menarik di Netflix pada cuti nanti. Belum ada Netflix? Jangan risau, anda boleh langgannya sekarang dengan harga serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD.

Tags: hari raya aidilfitriNetflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya

Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya

26 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN