• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tol Percuma Hari Raya 2022: 4 perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:42 pm
  • 26/04/2022
  • Komen
Tol Percuma Hari Raya 2022: 4 perkara yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 27 April 2022, 09:18 pagi

Artikel dikemas kini dengan maklumat tentang bilakah anda boleh nikmati diskaun dan tol percuma.




Kerajaan telah mengumumkan inisiatif tol percuma dan diskaun untuk Hari Raya 2022. Tentu ramai yang tak sabar untuk memulakan perjalanan dan menikmati penjimatan ke atas kos balik kampung. Dikatakan yang kerajaan dan konsesi menyerap lebih RM77 juta bagi menjayakan program ini. Berikut adalah 4 perkara yang perlu anda tahu tentangnya sebelum anda pulang beraya.

1. Tempoh promo adalah selama 4 hari

Semua lebuhraya yang terlibat, sama ada yang mengecualikan tol ataupun memberikan diskaun ke atas tol akan menjalankan promo itu selama 4 hari iaitu:



  • 12 tengah malam 30 April 2022 (Sabtu) hingga 11:59 malam 1 Mei 2022 (Ahad)
  • 12 tengah malam 7 Mei 2022(Sabtu) hingga 11:59 malam 8 Mei 2022 (Ahad)

2. Kad TnG, SmartTag, atau RFID masih diperlukan

Perlu diingatkan yang sepanjang promo berjalan, plaza tol tetap beroperasi seperti biasa, termasuklah palang. Anda perlu gunakan kad TNG, SmartTAG ataupun RFID untuk masuk dan keluar lebuhraya.

Satu lagi peringatan adalah, anda perlu masuk dan keluar lebuhraya menggunakan saluran pembayaran yang sama iaitu sama ada kad Touch n Go ataupun RFID.

3. Keluar lebuhraya dalam tempoh promo untuk nikmati tol percuma

Kadar tol percuma ataupun diskaun akan diberikan kepada pengguna yang masuk dan keluar lebuh raya dalam tempoh promo.

Contohnya, sekiranya anda masuki lebuh raya sebelum promosi berjalan, contohnya jam 11:50 malam, anda boleh keluar lebuh raya dan masuk semula pada jam 12:00 malam untuk nikmati kadar promo.

Begitu juga sewaktu keluar. Anda perlu keluar lebuh raya sebelum tempoh promo tamat. Saranan kami adalah anda keluar tol tepat jam 11:59 malam dan masuki semula selepas tempoh promo. Sekurang-kurangnya sebahagian besar kos tol akan menjadi murah.

Tak kiralah waktu bila anda masuk, asalkan anda keluar dalam tempoh promosi, anda boleh menerima manfaat diskaun dan tol percuma.

4. Ikuti saranan waktu perjalanan untuk kemudahan

Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan ada mengeluarkan saranan waktu perjalanan untuk pengguna laluannya. Dijangkakan lebih 2 juta kenderaan akan bergerak di atasnya iaitu 25% peningkatan daripada waktu biasa.

Sekiranya anda pulang ke kampung antara 29 April hingga 2 Mei dan bergerak keluar daripada Kuala Lumpur, anda disarankan untuk bergerak sebelum 10 pagi. Buat anda yang akan masuki Lembah Klang antara 5 hingga 9 Mei, anda disarankan untuk mulakan perjalanan sebelum 9 pagi.

Tags: lebuh rayapluspromoTOL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tol Percuma Hari Raya 2022: 4 perkara yang perlu anda tahu

Tol Percuma Hari Raya 2022: 4 perkara yang perlu anda tahu

26 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER