• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Aspire Vero Edisi Nat Geo dengan Core-i7 dilancar pada harga RM4,299

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 27/04/2022
  • Komen
Aspire Vero Edisi Nat Geo dengan Core-i7 dilancar pada harga RM4,299
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Aspire Vero adalah satu siri laptop yang menumpukan kepada binaan mesra alam sekitar. Ia dilancarkan dalam tahun 2021 dengan matlamat untuk menggunakan bahan kitar semula sebanyak mungkin dalam penghasilannya. Untuk tahun 2022, Acer mengemas kini penawaran siri itu dengan pelancaran model baharu yang dinamakan Acer Aspire Vero National Geographic Edition.

Harga Acer Aspire Vero edisi Nat Geo di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebuah laptop ini, ia dijual pada harga RM4,299. Hanya ada satu varian sahaja ditawarkan dan tempahan awal dibuka atara 1 Mei 2022 hingga 31 Julai 2022 di Acer eStore ataupun gedung dalam talian Acer di Shopee.



Seiring dengan pelancaran model baharu ini, Acer turut mengumumkan penyelarasan harga baharu untuk model-model Aspire Vero sedia ada. Acer Aspire Vero Core i7-1195G7 kini dijual pada harga RM3,699 (harga asal RM4,299) manakala varian Core i5-1155G7 pada harga RM2,999 (harga asal RM3,399).

Spesifikasi Acer Aspire Vero edisi Nat Geo

Daripada segi luaran, fizikalitinya serupa sahaja dengan Aspire Vero sedia ada. Benda yang lain adalah pada kemasan yang bertemakan National Geographic. Anda akan temui cap-cap jenama itu di sekeliling casis laptop.



Beberapa fakta menarik yang dikongsikan Acer tentang laptop ini adalah, ia mengugnakan sehingga 30% plastic kitar semula (post consumer recycled). Ia menjadikan laptop ini 21% lebih rendah jejak karbon berbanding laptop biasa yang setara dengannya.

Di bahagian dalam, anda akan temukan papan utama yang diperkasa Intel Core i7-1195G7, RAM 16GB DDR4, SSD 1TB NVMe. Beban grafik laptop ini didukung oleh Iris Xe, jenis terintegrasi.

Model ini menyokong Wi-Fi 6 dan Bluetooth serta hadir dengan beberapa port I/O untuk digunakan. Anda boleh temukan HDMI 2.0, USB-C 3.2, Ethernet, 2 USB-A dan 1 jek audio 3.5mm.

Kotak yang hadir bersama laptop ini 100% boleh dikitar semula. Tiada sebarang plastik hadir untuk mudahkan anda melakukannya.

Tags: AcerAcer Aspire Veroacer aspire vero national geographiclaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Aspire Vero Edisi Nat Geo dengan Core-i7 dilancar pada harga RM4,299

Aspire Vero Edisi Nat Geo dengan Core-i7 dilancar pada harga RM4,299

27 April 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN