• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram uji Templates di Reels, ini bezanya dengan Templates di Tiktok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:05 pm
  • 27/04/2022
  • Komen
Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah guna ciri Templates dalam Tiktok? Melalui Templates, anda boleh hasilkan satu video daripada gabungan gambar. Ada pelbagai rekaan templates disediakan. Jadi, anda boleh hasilkan pelbagai video yang unik dari templates itu. Muziknya juga anda boleh pilih sendiri.

Namun tidak lama lagi, mungkin anda akan temui ciri Templates di Instagram Reels pula. Kerana mereka kini sedang menguji ciri ini kepada sebahagian kecil pengguna. Tapi, konsepnya berbeza sedikit berbanding Tiktok. Jika di Tiktok, ada pelbagai template video disediakan, pengguna perlu pilihnya untuk hasilkan video berdasarkan template yang diberi. Tapi di Instagram Reels, pengguna perlu pilih template itu dari video Reels pengguna lain. Maksudnya, anda boleh gunakan format yang sama seperti video lain di platform itu, untuk hasilkan Reels anda sendiri.



Pembangun mudah alih, Alessandro Paluzzi pernah temui versi awal Templates Reels pada bulan Januari. Manakala pengurus pemasaran dan pemengaruh, Josephine Hill telah pun dapat menggunakan ciri tersebut. Dalam tangkap layar yang dikongsikannya pada bulan Mac, pengguna dibenarkan untuk tukar klip mereka sendiri ke dalam bingkai yang disediakan.

Instagram REELS announced a new feature! “Use as template” allows user to replace the clips with your own and it will match the time stamps of the template reel. Let me know what you think of this feature. Does this make you want to create more reels? pic.twitter.com/rLMJAX89jG

— Jo Millie (@JosephineMedia) March 26, 2022

Hill berkata kepada Business Insider, perkara yang dicarinya pada Instagram Reels, adalah sesuatu yang menyerupai sync audio di TikTok, di mana klipnya tersusun dengan sempurna mengikut rentak muzik. Template Reels ini nampaknya melakukan perkara tersebut. Instagram akan menetapkan masa yang sesuai menggunakan audio asal, kemudian pengguna boleh masukkan foto atau video mereka sendiri untuk dipadankan.



Sekiranya anda menghadapi masalah untuk hasilkan idea baharu di Reels, maka ciri ini boleh membantu anda. Anda hanya perlu pilih mana-mana klip lain yang anda rasa hebat, jadikannya templates dan kemudian cipta satu Reels baharu untuk anda. Selain itu, ciri ini juga boleh dijadikan satu pilihan yang mudah untuk anda hasilkan kandungan yang lebih baik. Cuma, elakkan dari meniru idea orang lain tanpa berikan kredit bagi mengelakkan isu plagiarism.

Baru-baru ini, Instagram ada perkenalkan ciri baharu yang nampaknya mementingkan kredit kepada pencipta kandungan asal. Dalam masa yang sama, mereka juga kelihatan seperti mahu kurangkan ruang untuk video Tiktok yang dimuat naik di Reels. Mungkin, dengan menambah pelbagai ciri seakan sama seperti Tiktok, pengguna akan lebih meluangkan masa di Reels dan kurangkan kebergantungan kepada alat suntingan yang tersedia di platform saingannya.

[Sumber: TheVerge, Mashable]

Tags: instagramInstagram Reels
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya

Instagram uji Templates di Reels, ini bezanya dengan Templates di Tiktok

27 April 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN