• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Moped dan e-skuter diharamkan di atas jalan raya, basikal dan e-basikal tidak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:41 am
  • 27/04/2022
  • Komen
Moped dan e-skuter diharamkan di atas jalan raya, basikal dan e-basikal tidak
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, telah mengadakan sidang media bagi memperjelas undang-undang pengharaman beberapa jenis pengangkutan daripada melalui jalan raya kepada orang awam.

Sebenarnya, pengharaman ini sudahpun digazetkan pada 16 Disember 2021 yang lalu menerusi gazet yang bernama Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021. Di dalam dokumen tersebut, ia menyatakan yang sesiapa sahaja tidak boleh menggunakan “kenderaan mikromobiliti tertentu” di atas mana-mana bahagian, mana-mana jalan.



Apakah “kenderaan mikromobiliti tertentu”?

Frasa itu merujuk kepada tiga pengkelasan. Kelas pertama adalah moped. Ciri-ciri moped yang diharamkan adalah yang dikuaskaan enjin pembakaran dalam bawah 50cc ataupun elektrik yan g berkelajuan bawah 50km/j.

Kelas kedua adalah Personal Mobility Devices (PMD) yang dibahagiakan kepada tiga subkelas iaitu yang menggunakan kuasa manusia ataupun enjin/motor elektrik.



Subkelas pertama kelihatan merujuk pada skuter biasa yang ditolak menggunakan kaki manakala subkelas kedua adalah pada skuter elektrik. Subkelas ketiga pula, spesifikasinya sama seperti subkelas kedua, cumanya kenderaan ini dikhaskan untuk orang kelainan upaya.

Basikal dan basikal elektrik tidak termasuk dalam kenderaan mikromobiliti tertentu

Menurut menteri pengangkutan, basikan dan beca masih dibenarkan di atas jalan raya tapi perlulah mematuhi Akta Pengangkutan Darat 1987 dan Peraturan Lalu Lintas 1959. Untuk basikal elektrik pula, mereka perlu turut mematuhi Piawaian Malaysia MS2514: Spesifikasi Basikal Elektrik (Basikal Elektrik Pedal Berbantu).

Tentang basikal lajak juga disentuh oleh Kementerian itu. Jenis pengangkutan ini tidak dibenarkan kerana telah menyalahi Akta Pengangkutan Darat 1987.

Kementerian juga sedang berusaha untuk mencari jalan menambah baik kemudahan laluan yan menyokong kenderaan mikromobiliti. Hal ini supaya tidak berlaku pencampuran antara kenderaan ini dengan yang lebih besar dan berbahaya.

Tags: kementerian pengangkutankeselamatanpengangkutanwee ka siong
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Moped dan e-skuter diharamkan di atas jalan raya, basikal dan e-basikal tidak

Moped dan e-skuter diharamkan di atas jalan raya, basikal dan e-basikal tidak

27 April 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN