• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elak jadi mangsa scam, baca & tonton panduan keselamatan siber yang disediakan Digi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:52 am
  • 28/04/2022
  • Komen
Elak jadi mangsa scam, baca & tonton panduan keselamatan siber yang disediakan Digi
Share on FacebookShare on Twitter

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan wang sekiranya tidak berjaga-jaga. Lebih membimbangkan, sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka pada setiap hari. Oleh itu, bagi melindungi diri, anda haruslah sentiasa berwaspada dan mempelajari cara mengenal pasti modus penipuan tersebut. Salah satu laman web yang membolehkan anda ketahui lebih lanjut mengenai modus ini adalah melalui laman web peringatan penipuan wang yang disediakan Digi.

Di laman web itu, ada disediakan lima penipuan yang paling biasa terjadi melibatkan ramai mangsa. Berikut merupakan senarai penipuan tersebut:



  1. Wangiri – Suspek memperdaya mangsa dengan meninggalkan notifikasi panggilan tak dijawab. Panggilan ini hanya berdering sekali dan berhenti.
  2. Panggilan palsu atau memancing data – Suspek akan membuat panggilan dan menyamar sebagai agensi penguatkuasa atau institusi kewangan. Tujuannya adalah untuk mencuri wang/maklumat peribadi anda.
  3. Penipuan media sosial – Suspek menawarkan promosi menarik melalui profil atau laman palsu di dalam talian.
  4. Penipuan SMS – SMS daripada nombor yang tidak dikenali untuk mempromosi perniagaan atau perkhidmatan langganan. Ia juga mengandungi pautan luaran. Tawaran ini menggunakan nombor yang tidak dikenali atau kod pendek.
  1. Perisian Hasad (Malware) – Perisian berbahaya yang tersembunyi sebagai aplikasi sah di telefon anda.

Untuk setiap jenis penipuan ini, ada dinyatakan tentang cara ianya beroperasi, perkara yang perlu diteliti dan tindakan yang harus anda ambil sekiranya anda menjadi sasaran suspek. Selain itu, melalui laman web ini juga, anda satu halaman yang membolehkan anda membuat laporan mengenai penipuan wang atau sebarang aktiviti siber merbahaya yang pernah anda lalui.

Laman web bahan pendidikan internet

Di samping itu, anda juga boleh memuat turun maklumat mengenai keselamatan siber melalui laman web, Digi Yellow Heart Safe Internet. Laman web ini merupakan platform sehenti untuk bahan pendidikan. Ia menyediakan panduan untuk masyarakat menggunakan internet dengan selamat. Antaranya ialah, maklumat mengenai Cyberstalking, langkah-langkah mencipta kata laluan yang selamat dan panduan privasi untuk lindungi anak semasa dalam talian.



Dua laman web yang disediakan Digi ini mengandungi banyak maklumat dan ia mampu membantu individu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai keselamatan siber. Anda boleh tinjau dua laman web tersebut untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.

Tags: digiSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Elak jadi mangsa scam, baca & tonton panduan keselamatan siber yang disediakan Digi

Elak jadi mangsa scam, baca & tonton panduan keselamatan siber yang disediakan Digi

28 April 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN