• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:52 pm
  • 06/05/2022
  • Komen
Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah kongsikan 10 carian popular bulan April 2022. Dalam senarai ini, dapat dilihat carian mengenai sukan bola sepak masih lagi tersenarai dan ada 4 carian melibatkannya dilakukan. Ini menunjukkan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggemari sukan tersebut.

Di samping itu, isu hangat yang disambut masyarakat pada awal bulan lalu iaitu mengenai pengeluaran RM10 ribu KWSP berada di kedudukan pertama dalam senarai. Tentunya ramai yang menyambut baik hal ini dan mengambil peluang untuk keluarkan wang simpanan. Berada di dalam senarai ini juga adalah carian berkaitan bulan Ramadan, hiburan dan isu semasa. Carian berkaitan teknologi serta peranti masih lagi tiada di dalam senarai. Hal ini mungkin kerana tiada telefon atau pun laptop yang menjadi tarikan dalam kalangan masyarakat.



1. Semakan Status KWSP / Semakan Pengeluaran KWSP

Pada 1 April, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum boleh mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan RM10,000 daripada akaun mereka. Semakan status permohonan pula boleh dilakukan bermula 9 April. Pastinya berita ini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi bagi golongan yang sangat memerlukan wang.

2. Liverpool vs Benfica

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA yang berlangsung di Anfield ini, kedua-dua pasukan Liverpool dan Benfica berkesudahan dengan seri 3-3. Kemenangan 6-4 secara agregat membolehkan Liverpool mara ke pusingan separuh akhir dan tentunya hal ini membanggkan penyokong pasukan tersebut.



3. Cara solat terawih / Doa sebelum berbuka* / Waktu berbuka puasa**

Dengan ketibaan bulan Ramadan pada 2 April lalu, sudah tentu ramai dalam kalangan umat Islam di seluruh Malaysia mengambil peluang untuk menunaikan amal ibadat khusus seperti solat sunat terawih. Maka ramailah yang membuat carian mengenai cara menunaikan ibadat tersebut.

Selain itu, dikatakan doa sebelum berbuka adalah sangat mustajab, mungkin kerana itu ramai yang membuat carian mengenai doa sebelum berbuka. Bukan itu sahaja, bagi mengelakkan terlewat berbuka puasa, individu perlulah ketahui waktu berbuka yang tepat bagi lokasi masing-masing, jadi mungkin kerana itu, ramai yang lakukan carian waktu berbuka puasa.

4. Man City vs Liverpool / Man United vs Leicester City

Dalam carian perlawanan Piala FA ini, pertemuan antara Manchester City dan Liverpool pada bulan April telah membawa kepada keputusan seri 2-2. Manakala saingan antara Manchester United dan Leicester City juga menyaksikan keputusan seri, dengan hasil jaringan 1-1.

5. Liverpool vs Watford

Liverpool telah muncul sebagai pemenang dalam perlawanan Liga Perdana menentang Watford. Pasukan Liverpool berjaya meraih kemenangan 2-0 hasil jaringan Diogo Jota dan Fabinho.

6. Climate change

Sempena Hari Bumi pada 22 April, masyarakat membaca tentang pelbagai isu yang sedang dihadapi bumi melalui carian ini. Ia termasuklah masalah perubahan iklim dan bagaimana ia memberi kesan kepada individu di seluruh dunia.

7. Barcelona vs Eintracht Frankfurt

Dalam perlawanan Liga UEFA ini, Eintracht Frankfurt telah muncul sebagai pemenang selepas berjaya menentang kumpulan Barcelona dengan tiga gol yang dijaringkan oleh Filip Kostic, Rafael Borre dan Evan Ndicka.

8. Sam Ke Ting

Sam Ke Ting, 27, telah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas terbabit dalam kemalangan dengan satu kumpulan penunggang basikal lajak, sehingga mengakibatkan kematian 8 orang kanak-kanak. Rata-rata pengguna di media sosial kelihatan tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada Sam Ke Ting, mungkin kerana itu ramai yang membuat carian lebih lanjut mengenai dirinya. Rayuan telah dilakukan terhadap hukuman yang dikenakan dan dia ditetapkan untuk tampil ke mahkamah sekali lagi pada 11 Mei.

9. Wedding Agreement

Wedding Agreement adalah sebuah filem Indonesia yang mengisahkan tentang Bian yang rela dijodohkan dengan Tari demi membahagiakan ibunya. Setelah bernikah, Bian memberikan Tari kertas perjanjian yang menyatakan bahawa mereka akan bercerai ketika usia perkahwinan 1 tahun. Ini merupakan siri terbaharu yang diketengahkan dalam Disney+ Hotstar, ia mungkin dicari ramai di Google kerana penonton ingin mengetahui lebih mengenai jalan ceritanya.

10. Park Ji Hyun

Pelakon Korea Selatan, Park Ji Hyun sekian lama terkenal melalui karakternya dalam drama Yumi’s Cells. Namanya mula menjadi menjadi trending selepas satu khabar angin tersebar mengatakan dia mempunyai hubungan dengan pelakon “Business Proposal”, Ahn Hyo Seop.

Tags: Carian GoogleGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April

Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April

6 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER