• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengarah filem Shutter, Parkpoom Wongpoom menghasilkan filem seram baru yang dirakam dengan iPhone 13 Pro

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 06/05/2022
  • Komen
Pengarah filem Shutter, Parkpoom Wongpoom menghasilkan filem seram baru yang dirakam dengan iPhone 13 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat filem seram pastinya pernah menonton filem-filem seram dari Thailand seperti filem Shutter (2004) dan Alone (2007) yang diarahkan oleh Parkpoom Wongpoom, pengarah filem terkenal dari Thailand. Filem arahan Parkpoom membangkitkan kisah seram Thailand yang menusuk jiwa sehingga terbawa-bawa di luar layar perak.

Kini Parkpoom kembali dengan hasil karya baharu tetapi bukannya filem penuh. Sebaliknya Parkpoom bekerjasama dengan Apple untuk membawakan filem pendek bertajuk ‘Those That Follow‘. Istimewanya filem pendek ini adalah ia dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar iPhone 13 Pro, membawakan tema ‘Shot on iPhone’.



Apple telah mempamerkan banyak filem pendek yang dirakam menggunakan iPhone 13 Pro untuk membuktikan kehebatan kamera pada telefon pintar tersebut. Antaranya filem pendek ‘Poached‘ yang menceritakan tentang dua kedai nasi ayam hainan di Singapura, dan filem tahun baru Cina ‘The Comeback‘.

iPhone 13 Pro memiliki kamera hebat yang mampu merakam filem dengan baik. Ia ada sensor kamera utama seluas 1.9-mikron, terbesar di iPhone yang berupaya merakam ketelitian di dalam suasana malap sehingga 2.2x lebih baik dari iPhone 12 Pro dan 1.5x lebih baik berbanding iPhone 12 Pro Max. Lebih menarik lagi dengan mod ‘Cinematic’ yang mampu mengubah fokus semasa merakam video, seperti kamera video profesional.



Sinopsis ‘Those That Follow’

Filem pendek ‘Those That Follow’ adalah hasil arahan pertama Parkpoom selepas berehat lebih empat tahun. Ia mengisahkan tentang dua orang remaja yang melarikan diri selepas rompakan yang mereka lakukan berdepan masalah.

Filem ini berkisar tentang kisah seram Thailand yang terkenal di utara Thailand, tentang hantu yang mengikut orang, dikenali sebagai ‘Phi Ta Khon’. Kisah yang dibawakan di dalam filem ini menggabungkan cerita tentang pembalasan, kebertanggungjawaban, dan tidak berdiam diri sahaja apabila perkara buruk berlaku.

Sebagai filem seram, sudah pasti banyak adegan dilakonkan dalam suasana yang samar dan malap. Parkpoom menyatakan beliau berpuas hati dengan keupayaan kamera iPhone 13 Pro yang mampu menangkap pelbagai ketelitian dalam suasana malap, memastikan rasa seram dapat dirakam untuk dilihat dan dirasai oleh penonton.

Anda boleh menonton filem pendek ‘Those That Follow’ sepanjang 22 minit yang diarahkan Parkpoom Wongpoom di bawah ini:

Tags: appleiphoneiphone 13iphone 13 proShot on iphone
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pengarah filem Shutter, Parkpoom Wongpoom menghasilkan filem seram baru yang dirakam dengan iPhone 13 Pro

Pengarah filem Shutter, Parkpoom Wongpoom menghasilkan filem seram baru yang dirakam dengan iPhone 13 Pro

6 May 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN