• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:28 pm
  • 06/05/2022
  • Komen
WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Selalunya, bagaimana anda membalas mesej dengan ringkas di WhatsApp? Anda akan taip balasan tersebut atau balas dengan emoji melalui pilihan yang disediakan? Selepas ini, jika anda ingin balas mesej dengan lebih ringkas dan cepat, anda bolehlah gunakan ciri baru yang dilancarkan WhatsApp ini.

Konsep ciri ini sama seperti memberi reaksi pada komen atau perkongsian, yang sudah tersedia di Facebook. Dengannya, anda boleh pilih pelbagai reaksi pada perbualan dalam mesej tertentu di WhatsApp. Namun, ciri ini hanya dilancarkan pada versi terbaharu WhatsApp, jadi anda perlu kemaskini aplikasi untuk mencubanya.



Apabila reaksi ini pertama kali diumumkan, Meta berkata bahawa anda hanya boleh menggunakan beberapa pilihan emoji untuk permulaan. Tapi, sokongan untuk semua emoji dan warna kulit akan ditambah pada masa hadapan. Dengan adanya ciri ini, bolehlah anda tunjukkan emosi anda pada mesej tertentu tanpa perlu taip. Contohnya, jika kelakar, anda boleh pilih emoji gelak dan berikan terus reaksi pada perbualan itu, tidak perlu lagi taip “haha”.

Had saiz penghantaran fail ditingkatkan

Di samping itu, anda juga kini boleh menghantar fail dalam WhatsApp dengan saiz sehingga 2GB dalam satu masa. Ia dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Ini merupakan kemaskini daripada had sebelumnya iaitu 100MB.



Boleh tambah 512 orang dalam satu kumpulan sembang

Selain itu, WhatsApp juga telah beri kemampuan kepada pengguna untuk menambah sehingga 512 orang dalam satu kumpulan sembang (group). Ini merupakan kemaskini daripada had 256 orang untuk satu kumpulan. Jadi, admin kumpulan bolehlah gabungkan ramai orang dalam satu kumpulan, tidak perlu lagi uruskan banyak kumpulan dalam satu masa.

[Sumber: TheVerge, WhatsApp]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna

WhatsApp lancarkan reaksi emoji & kemaskini 2 perkara yang bakal memudahkan pengguna

6 May 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN