• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Robot pengecas EV ini boleh menyelesaikan perkara yang paling menyusahkan tentang pengecasan EV

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 10/05/2022
  • Komen
Robot pengecas EV ini boleh menyelesaikan perkara yang paling menyusahkan tentang pengecasan EV
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah mula meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik atau EV menerusi pelbagai insentif di dalam bajet 2022. Antaranya memberi diskaun membeli EV serta membangunkan pelbagai kemudahan. Bagaimanapun, satu masalah terbesar untuk pengguna EV di Malaysia adalah kekurangan tempat mengecas.

Walaupun sudah ada stesen minyak dan pusat membeli-belah menyediakan tempat mengecas EV, ia sangat terhad dan sentiasa penuh kerana mengecas EV menambil masa agak lama. Tidak seperti mengisi petrol atau diesel yang boleh selesai dalam masa seminit.



Pastinya ada beberapa penyelesaian masalah ini, selain menambah pusat pengecas. EVAR, syarikat yang dibangunkan oleh Samsung Electronic C-Lab, ada menghasilkan beberapa cara yang sangat menarik dan salah satu darinya adalah Robot Pengecas EV Autonomi (Autonomous EV Recharging Robot).

Konsep robot pengecas ini membolehkan EV dicas di mana-mana tempat meletak kenderaaan di dalam bangunan. Tidak perlu lagi meletak kenderaan di sebelah tempat mengecas.



https://youtu.be/VlP-9e9PxFc

Ini kerana robot ini akan datang sendiri ke kenderaan untuk mengecas EV tersebut. Di dalam konsep yang ditunjukkan, pengguna hanya perlu memasang adaptor khas di nombor plat hadapan dan imbas kod QR di tiang berhampiran untuk memanggil robot pengecas.

Robot pengecas yang menerima tempahan akan mula bergerak ke arah tiang berkenaan dan mengimbas nombor plat atau kod QR untuk mengesan EV yang membuat tempahan. Robot pengecas ini dilengkapi sensor yang boleh mengesan jika ada halangan di hadapannya, termasuk orang yang berjalan kaki. Ia juga bergerak dengan selamat dan tidak terlalu laju.

Apabila EV dikesan, ia akan memasang kabel ke pengecas dan mula mengecas EV tersebut. Satu robot pengecas ini memiliki bateri yang boleh mengecas sekitar 2 ke 3 kereta sebelum ia perlu dicas semula.

Konsep ini memang sangat menarik kerana pengguna tidak perlu berebut tempat mengecas dan letak kenderaan di mana sahaja. Tetapi pemilik bangunan perlu menyediakan kemudahan ini, di samping menguruskan dan menyelenggara robot pengecas.

Sebenarnya, konsep ini bukanlah baru kerana EVAR telah berkongsi video tentangnya sejak tahun 2018. Selain robot pengecas, EVAR juga ada menyediakan pelbagai penyelesaian pengecas EV seperti pengecas mudah alih, pengecas dinamik di setiap tiang, lori pengecas di jalanan dan banyak lagi.

Kepada pemilik bangunan atau pihak berkuasa yang berkenaan, boleh cuba menghubungi EVAR untuk memasang penyelesaian perkhidmatan mereka di tempat yang sesuai. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web EVAR.

Bacaan Berkaitan

  • Malaysia akan pasang 10,000 stesen pengecas EV sebelum 2025
  • TNB dan PLUS akan sediakan rangkaian pengecas EV di Lebuhraya Utara Selatan
  • Shell lancar pusat pengecasan elektrik prestasi tinggi (HPC) di Malaysia
  • Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
  • TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
Tags: EVEVAR
Najib

Najib

POPULAR

Robot pengecas EV ini boleh menyelesaikan perkara yang paling menyusahkan tentang pengecasan EV

Robot pengecas EV ini boleh menyelesaikan perkara yang paling menyusahkan tentang pengecasan EV

10 May 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN