• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini 3 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:54 pm
  • 11/05/2022
  • Komen
DJI Mini 3 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

DJI mengumumkan dron baharu untuk mengemas kini Mini 2 yang mereka lancarkan dalam tahun 2019.

Harga DJI Mini 3 Pro di Malaysia

DJI Mini 3 Pro sudah mula boleh ditempah dalam pasaran Malaysia. Tempahan awal akan mula diedarkan 18 Mei 2022. Berikut adalah senarai harga dron itu:



  • DJI Mini 3 Pro – RM3,399
  • DJI Mini 3 Pro Fly More Kit – RM4,199
  • DJI Mini 3 Pro Fly More Kit Plus – RM4,499
  • DJI Mini 3 Pro with new remote controller – RM4,199
  • DJI Mini 3 Pro with new RC Fly More Kit – RM4,999
  • DJI Mini 3 Pro with new RC Fly More Kit Plus – RM5,199

Tempahan awal boleh dilakukan di Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi DJI Mini 3 Pro

DJI Mini 3 Pro masih mengekalkan fizikaliti kompak daripada Mini 2 yang dilancarkan dalam bulan November 2020 lalu. Jisim pesawat masih kekal di bawah 250g supaya pengguna tidak perlu mendaftarkan unit mereka dengan pihak berkuasa dalam kebanyakan negara.



Bahagian pengimejan telah ditambah baik. Sensor kameranya lebih besar pada ukuran 1/1.3” pada resolusi 48MP. Sensor lebih besar bermakna keupayaan merakam dalam keadaan malap ditambah baik. Resolusi merakam video juga lebih baik, kini ia mampu rakam video dalam konfigurasi 4K60.

Satu ciri unik kamera DJI Mini 3 Pro adalah ia boleh diputar secara fizikal untuk mengubah mod rakaman daripada landskap kepada potret. Mode ini sangat berguna untuk kandungan TikTok.

Beralih pada fungsi penerbangan, dron ini didatangkan dengan ciri keselamatan APAS 4.0. Ada 3 set sensor keselamatan semuanya, satu menghadap kedepan, satu menghadap kebelakang, dan satu lagi menghadap kebawah.

Dron ini mampu beroperasi selama 34 minit dengan Intelligent Flight Battery. DJI juga ada menjual Intelligent Flight Battery Plus yang katanya boleh berikan waktu operasi 47 minit.

Selain memperkenalkan dron baharu, DJI juga mengumumkan alat kawalan baharu. DJI Remote RC-N1 dilengkapi paparan 5” supaya anda tak perlu tambat telefon pintar untuk mengawal dron.

Setakat ini, RC-N1 hanya boleh digunakan untuk DJI Mini 3 Pro tapi pengeluarnya akan membuka sokongan untuk model lain dalam masa terdekat.

Tags: djidji minidji mini 3 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
DJI Mini 3 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

DJI Mini 3 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

11 May 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER