• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Prism+ Q55 Pro & Q66 Pro, model baru TV Quantum Pro lebih mampu milik tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 12/05/2022
  • Komen
Prism+ Q55 Pro & Q66 Pro, model baru TV Quantum Pro lebih mampu milik tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Prism+ adalah satu jenama baru yang cuba membawa revolusi ke pasaran monitor dan TV pintar. Awal tahun ini, mereka melancarkan siri baru TV pintar, Q Pro QE dengan satu model sahaja berukuran 86-inci.

Hari ini, mereka memperkenal dua lagi model baru di dalam siri Q Pro dengan harga lebih mampu dimiliki. Dua model tersebut adalah Q55 Pro QE dan Q65 Pro QE.



Harga Jualan Q Pro QE

Prism+ sering menampilkan jenama mereka sebagai pengeluar paparan yang sangat mampu dimiliki. Model terbaru dengan teknologi Quantum dan Ultra HD 4K ini adalah antara termurah dalam kategorinya.

Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Prism+ Q55 Pro QE – RM2,399
  • Prism+ Q65 Pro QE – RM3,299

Ia boleh dibeli di laman web Prism+, pengedar sah Prism+ serta di stor rasmi mereka di Lazada.

Semua model Q Pro ini datang bersama jaminan di lokasi selama 2 tahun. Ia meliputi penggantian perkakas dan upah. Khidmat pelanggan Prism+ juga bersedia 7 hari seminggu.

Jika anda mencari model bukan Pro, Q55 QE kini berharga RM2,199 manakala Q65 QE berharga RM2,999.

Promosi untuk pembeli

Bagi menambah tarikan, Prism+ menyediakan hadiah percuma untuk semua pembeli siri Q Pro QE dalam bentuk langgan platform penstriman iaitu:

  • Percuma 12 bulan VIU
  • Percuma 3 bulan WeTV
  • Percuma 3 bulan meWatch

Tetapi khas untuk 100 pembeli pertama bagi model Q55 Pro Qe dan Q65 Pro QE, mereka akan turut menerima hadiah tambahan iaitu:

  • Percuma kabel HDMI 2.0 3m
  • Percuma kabel HDMI 2.0 bentuk-L 3m
  • Percuma pembersih skrin
  • Percuma papan kekunci Logitech K400 (untuk Q65 Pro QE sahaja)

Keseluruhannya, pembeli terawal Q55 Pro QE akan menikmati hadiah percuma bernilai RM358 manakala pembeli Q65 Pro QE mendapat hadiah bernilai RM557.

Spesifikasi Prism+ Q Pro QE

Siri Q Pro QE (Quantum Edition) menampilkan beberapa ciri mewah dan fungsi canggih. Selain datang dengan Android TV, ia memiliki arahan suara jarak jauh terus ke tv tanpa perlu alat kawalan dan menyokong WiFi 5 yang lebih pantas.

Menggunakan paparan IPS 4K, model Q Pro QE juga memiliki bingkai yang sangat nipis dan hampir tidak kelihatan. Prism+ juga menaik taraf model Q Pro QE dengan storan lebih besar, 32GB. Ini membolehkan lebih banyak aplikasi di pasang ke dalam TV, menerusi gedung aplikasi Google Playstore.

Siri Q Pro juga menampilkan teknologi canggih seperti Quantum Color, Dolby Vision HDR, serta Dolby Atmos. Ini memberikan paparan yang lebih mengasyikkan, di samping sistem bunyi yang lebih nyata dan hidup.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web prismplus.my

Tags: prismPrism Q55 Pro QEPrism Q65 Pro QE
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Prism+ Q55 Pro & Q66 Pro, model baru TV Quantum Pro lebih mampu milik tiba di Malaysia

Prism+ Q55 Pro & Q66 Pro, model baru TV Quantum Pro lebih mampu milik tiba di Malaysia

12 May 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER