• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego kembalikan nostalgia Optimus Prime 1986, lengkap dengan kiub energon dan matriks

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:44 pm
  • 13/05/2022
  • Komen
Lego kembalikan nostalgia Optimus Prime 1986, lengkap dengan kiub energon dan matriks
Share on FacebookShare on Twitter

Terkini, Lego Group ada bangunkan lego ketua Transformers Autobot iaitu G1 Optimus Prime. Set ini akan bawa peminat kembali ke tahun 1984 apabila Transformers mula-mula menjadi popular dengan siri animasinya di TV.

Lego ini dihasilkan daripada 1,508 keping bata Lego. Anda boleh ubahnya menjadi sebuah truk dan kembali semula kepada bentuk robot tanpa perlu mengeluarkan walau sekeping bata Lego. Ini adalah kali pertama set Lego boleh ditukar kepada dua bentuk yang berbeza, tanpa perlu batanya dibuka dan dipasang semula.



Set lego Optimus Prime ini mempunyai perincian seperti robot asli. Ia didatangkan dengan aksesori serta pelbagai senjata, contohnya penyembur ion, kapak Energon, Energon Cube, Autobot Matrix of Leadership yang boleh disimpan dalam ruang dada dan panel pinggang pilihan.

Dari segi ukuran, dalam mod trak, model Lego ini berketinggian lebih dari 15 cm, panjang 27cm dan lebar 12 cm. Manakala dalam mod robot, model ini mempunyai ketinggian lebih daripada 35 cm. Harga dan ketersediaannya di Malaysia masih belum diketahui, tapi di UK ia berharga £149.99, iaitu sekitar RM805.91. Set ini boleh mula didapatkan pada 1 Jun 2022.



[Sumber: Brickfinder, Lego, Lego]

Tags: legoLego Transformers Optimus Prime
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego kembalikan nostalgia Optimus Prime 1986, lengkap dengan kiub energon dan matriks

Lego kembalikan nostalgia Optimus Prime 1986, lengkap dengan kiub energon dan matriks

13 May 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN