• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:40 pm
  • 18/05/2022
  • Komen
Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat permainan Free Fire, anda satu berita baik buat anda. Realme telah mengumumkan satu telefon bertemakan permainan kegemaran anda iaitu Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition.

Harga Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition di Malaysia

Telefon ini akan mula dijual pada 20 Mei 2022. Pada harga RM1,499. Hanya ada satu varian sahaja ditawarkan iaitu yang ada RAM 8GB dan storan 128GB. Ada dua saluran untuk anda dapatkannya iaitu secara dalam talian di Shopee ataupun di pengedar sah Realme seluruh negara.



Ada beberapa promo pembelian awal yang akan berlangsung. 50 pembeli terawal di platform Shopee, mereka akan menerima seunit Buds Air 2 Neo manakala pembelian di kedai fizikal akan disertakan sekali sarung jari dan pad kawalan sementara stok masih ada.

Spesifikasi Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition

Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition memiliki spesifikasi dalaman yang sama dengan edisi biasa. Sebelum bercerita spesifikasi teknikal, kita sentuh dulu apa kelebihan model edisi terhad ini.



Dalam setiap kotak edisi terhad, anda dapat beberapa merchandise eksklusif Free Fire seperti peta medan peperangan, sticker, dan kod untuk tebus barangan digital Free Fire.

Badan telefon ini juga sedikit berbeza dengan edisi biasa. Bahagian belakangnya kemasan Free Fire begitu juga dengan Realme UI yang dijalankannya.

Di bahagian dalam, ia masih lagi Realme 9 Pro+ 5G yang biasa. Atas papan utama, ia diperkasa MediaTek Dimensity 920 5G.

Ia dilengkapi panel paparan 6.4” AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pengimbas cap jari untuk pengenalan biometrik adalah yang jenis disebalik paparan disamping ciri face unlock yang boleh digunakan untuk membuka telefon.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperDart 60W. Jangkakan kelajuan pengecasan kurang daripada 1 jam untuk mengisi penuh tangki bateri ini.

Berpindah ke jabatan pengimejan, Realme Pro+ 5G ada tiga kamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor IMX766 50MP. Ia sensor yang sama boleh anda temui pada Oppo Find X3 Pro. Dua baki kameranya yang lain adalah kamera 8MP ultralebar dan kamera 2MP makro.

Selfie di Realme 9 Pro+ diambil dengan kamera 16MP. Antara yang menarik dalam siri kali ini adalah ia ada speaker stereo dan juga jek 3.5mm, sama seperti siri Redmi Note 11.

Tags: androidRealmerealme 9 pro plusrealme 9 pro plus free fire limited editiontelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

18 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER