• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:24 pm
  • 24/05/2022
  • Komen
Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang kita melawan COVID-19 dan penyakit kaki & mulut yang menular, anda juga perlu tahu bahawa kes jangkitan monkeypox kini juga sedang meningkat di luar sana.

Ia kini menular dalam United Kindom, Perancis, Itali, dan Sweden dan kini telah diba ke Australia, Amerika Syarikat, dan Kanada. Perkara ini agak pelik kerana monkeypox setakat ini dilihat terbendung di dalam benua Afrika sahaja.



Apakah monkeypox?

Monkeypox adalah penyakit daripada virus bawaan haiwan yang menjangkiti manusia. Walaupun WHO tidaklah melihatnya sebagai ancaman seserious COVID-19. Namun, disebabkan penularannya di tempat-tempat yang luar biasa, WHO perlu memberikan perhatian kepadanya.

Setakat ini, WHO menyatakan yang tiada laporan saintifik yan gmengatakan virus monkeypox telah bermutasi sehinggakan mampu menular dengan pantas keluar daripada habitat biasanya.



Di Malaysia, kita masih belum ada laporan tentang jangkitan monkeupox. Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang KKM untuk mula menyebarkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang bahaya monkeypox.

Sumber

Tanda dan simptom monkeypox

Tempoh inkubasi penyakit monkeypox dilaporkan antara 5 hingga 21 hari. Sekiranya dijangkiti, untuk 5 hari pertama, pesakit akan diserang demam, pening kepala, berasa lemah dan lesu serta bengkak pada kelenjar limpa.

Dalam masa yang sama, kulit akan mula ditumbuhi cacar air. Kebanyakannya akan tertumpu di bahagian muka, tapak tangan, dan kaki.

Bergantung kepada tahap imunisasi seseorang, simptom cacar ini bole hberlanjutan sehingga 4 minggu.

Ubat melawan monkeypox

WHO memaklumkan yang imunisasi demam cacar biasa sudah cukup untuk memberikan perlindungan sehingga 85% terhadap monkeypox. Makanya, orang yang telah menerima pelalian demam cacar berkemungkinan besar tidak akan mengalami symptom teruk sekiranya dijangkiti.

Buat yang dijangkiti monkeypox, WHO sangat menyarankan untuk pesakit sentiasa minum air dan makan secara cukup bagi mengekalkan paras nutrisi dalam badan. Badan perlukan nutrisi lebih tinggi daripada biasa bagi melawan penyakit.

Namun begitu, vaksin khusus monkeypox sudah ada dalam pasaran dan telahpun dibangunkan sejak tahun 2019. Ia adalah vaksin 2-dos yang boleh diambil untuk perlindungan total terhadap monkeypox.

Sumber

Cara elak jangkitan monkeypox

Monkeypox tidak dilaporkan tersebar di dalam udara. Makanya pemakaian pelitup muka tidaklah diwajibkan. Selain daripada pelitup muka, kaedah perlindungan daripada monkeypox bolehlah anda ambil daripada amalan norma baharu COVID-19. Antaranya adalah kurangkan bersentuhan antara individu dan sentiasa bersihkan tangan menggunakan pembasmi kuman.

Sumber: WHO, MalayMail, gambar pemuka

Tags: kkmmonkeypox
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

24 May 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN