• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G, telefon kelas pertengahan baru tiba dengan diskaun RM200

  • OLEH Najib
  • 5:39 pm
  • 24/05/2022
  • Komen
Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G, telefon kelas pertengahan baru tiba dengan diskaun RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia membawakan lebih banyak telefon pintar 5G ke Malaysia dengan memperkenal Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G. Sempena ketibaannya, diskaun sebanyak RM200 diberikan pada hari pertama jualan.

Harga jualan dan promosi

Harga rasmi untuk dua model baru ini adalah seperti berikut:



  • Narzo 50 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099
  • Narzo 50 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299

Realme akan mula menjual kedua-dua telefon pintar Narzo ini pada 25 Mei 2022 khusus di Lazada. Untuk menarik minat pembeli, Realme memberi diskaun RM200 pada hari pertama jualan. Ini menjadikannya harganya:

  • Narzo 50 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099 RM899
  • Narzo 50 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,099

Pembeli Narzo 50 Pro 5G pada 25 Mei di Lazada juga akan menerima fon telinga Realme Buds Q2 secara percuma.



Spesifikasi Narzo 50 5G

Realme menggunakan cip Mediatek Dimensity 810 5G pada Narzo 50 5G, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia memiliki teknologi RAM maya, membolehkan storan menjadi RAM sementara sehingga 5GB. Kad mikroSD sehingga 1TB juga diterima untuk meluaskan storan.

Skrin Narzo 50 5G adalah jenis LCD, berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Ia ada takuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0 di dalamnya. Di belakang pula, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 48MP F1.79 dan kamera potret 2MP.

Bateri 5,000mAh dipasang di dalam Narzo 50 5G dan ia menyokong pengecasan pantas 33W Dart Charge. Kepala pengecas 33W dan kabel masih ada diberikan di dalam kotak.

Sistem bunyi stereo di Narzo 50 5G menggunakan dua speaker di atas dan bawah. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm untuk sambungan berwayar. Pengimbas capjari pula ada di di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Terdapat dua warna disediakan untuk Narzo 50 5G, antara biru dan hitam. Telefon ini menjalankan sistem operasi Realme UI 3.0, berasaskan Android 12.

Spesifikasi Narzo 50 Pro 5G

Versi Pro ini dilengkapi cip lebih hebat, Mediatek Dimensity 920 5G. RAM juga lebih besar, 8GB bersama storan dalaman 128GB. Ia juga ada keupayaan RAM maya, menambah sehingga 5GB RAM.

Skrin di Narzo 50 Pro 5G lebih baik, jenis Super AMOLED seluas 6.4-inci, HD Penuh dan berkadar penyegaran 90Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi atas skrin. Pengimbas capjari juga ada di dalam skrin, dan ia turut boleh mengesan degupan nadi.

Lubang kecil di sudut atas skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.4. Kamera belakang pula gandingan kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro F2.4.

Bateri di dalam Narzo 50 Pro 5G berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh menerima kuasa pengecas sehingga 33W DartCharge, menerusi USB-C. Kepala pengecas 33W dan kabel ada diberi di dalam kotak.

Telefon ini ada dua pembesar suara di atas dan bawah, memberikan bunyi stereo sebenar. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

Ada dua warna boleh dipilih untuk Narzo 50 Pro 5G, antara biru dan hitam. Sistem operai yang digunakan di dalamnya adalah Realme UI 3.0, berasaskan Android 12.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme Pad Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme 9: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime
  • Realme Narzo 50 dan 50A Prime: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Narzo 50 5GNarzo 50 Pro 5GRealmeRealme Narzo 50 5GRealme Narzo 50 Pro 5G
Najib

Najib

POPULAR

Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G, telefon kelas pertengahan baru tiba dengan diskaun RM200

Narzo 50 5G dan Narzo 50 Pro 5G, telefon kelas pertengahan baru tiba dengan diskaun RM200

24 May 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER