• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Cas kenderaan EV semudah mengisi petrol dengan Setel sekarang

  • OLEH Najib
  • 3:29 pm
  • 25/05/2022
  • Komen
Cas kenderaan EV semudah mengisi petrol dengan Setel sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Setel, aplikasi mudah untuk membayar dan mengisi minyak di stesen Petronas, kini melancarkan perkhidmatan baru, pengecasan EV (kenderaan elektrik) di dalam aplikasi mereka. Ini akan membolehkan pengguna EV mengecas kenderaan mereka semudah mengisi petrol dengan Setel.

Pengguna EV dapat menemukan stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas, dan pengecas tersebut dapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Setel. Pembayaran akan dibuat melalui Setel Wallet, lalu pengguna akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.



Bagi menyediakan perkhidmatan ini, Setel telah bekerjasama dengan JomCharge sebagai pihak penyedia perkhidmatan pengecasan EV. Setel juga merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai penyedia pengecasan EV dalam tempoh terdekat, termasuk Energise oleh Petronas.

Untuk fasa pertama ini, terdapat lima lokasi rintis pengecas EV yang boleh digunakan pengguna Setel iaiut:



  1. Lotus’s Tesco, Kepong
  2. EV Connection Workshop, Petaling Jaya
  3. Carsome PJ Automall, Petaling Jaya
  4. Rasa Sayang Resort (Shangri-La), Pulau Pinang
  5. Ibu pejabat ACO Group, Johor Bahru

Lebih banyak lokasi akan ditambah secara berperingkat.

Untuk mula menggunakan perkhidmatan pengecasan EV di dalam aplikasi Setel, pertama sekali apstikan aplikasi Setel dikemaskini kepada versi terbaru, di Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Kemudian, cari stesen pengecas EV berdekatan menggunakan ikon Carian di atas. Apabila tiba di lokasi, tekan pada ‘Start Charging’. Pilih jenis pengecas yang serasi dengan kenderaan anda dan tekan ‘Start Charging’.

Tunggu pengesahan dan mula memasang kabel pengecas apabila keluar notis ‘Start Charging Now’. Semak status seperti masa dan kadar pengecasan di aplikasi, dan cabut kabel apabila mahu berhenti mengecas. Resit akan dipaparkan di aplikasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pengecasan EV di Setel, layari laman web www.setel.com.

Bacaan Berkaitan

  • Setel terima tambah nilai guna GrabPay, nikmati ganjaran berganda GrabRewards dan Mesra
  • Setel lancar pembayaran letak kereta tanpa tiket, bermula di KLCC. Ini cara menggunakannya
  • Setel Share, permudah bayar minyak di Petronas sesama ahli keluarga
Tags: EVJomChargesetel
Najib

Najib

POPULAR

Cas kenderaan EV semudah mengisi petrol dengan Setel sekarang

Cas kenderaan EV semudah mengisi petrol dengan Setel sekarang

25 May 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN