• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 5 pilih Malaysia sebagai negara pertama pelancaran antarabangsa

  • OLEH Najib
  • 7:33 pm
  • 27/05/2022
  • Komen
Black Shark 5 pilih Malaysia sebagai negara pertama pelancaran antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark, jenama telefon pintar gaming yang popular mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri terbaru Black Shark 5 di Malaysia tidak lama lagi. Malah, Malaysia adalah negara pertama pelancarannya di peringkat antarabangsa, selepas diperkenal di China.

Majlis pelancaran siri Black Shark 5 akan diadakan pada 8 Jun 2022. Pada acara tersebut, harga rasmi jualan, tarikh mula jualan serta promosi pembelian awal akan diumumkan.



Terdapat dua model dalam keluarga ini akan dilancarkan di Malaysia iaitu Black Shark 5 dan Black Shark 5. Kedua-dua telefon ini memiliki fizikaliti yang serupa, dengan sedikit perbezaan pada prestasi, skrin dan bunyi.

Untuk Black Shark 5, ia akan ditawarkan dalam varian RAM 8GB dan storan 128GB, serta RAM 12GB dan storan 256GB. Bagi Black Shark 5 Pro, hanya ada RAM 12GB tetapi pilihan storan antara 256GB dan 512GB.



Untuk rujukan, siri Black Shark 5 dijual di China pada harga berikut:

  • Black Shark 5 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 2,799 (~RM1,820)
  • Black Shark 5 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 3,299 (~RM2,145)
  • Black Shark 5 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 4,699 (~RM3,056)

Dijangka harga di Malaysia kelak akan lebih mahal daripada harga di China.

Spesifikasi Black Shark 5 Pro

Telefon terbaik ini dikuasakan cip terhebat masakini, Snapdragon 8 Gen 1. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5 6,400Mhz sehingga 16GB dan storan dalaman UFS3.1 dipertingkat berkeluasan sehingga 512GB.

Black Shark menggunakan sistem penyejukan tercanggih di model ini, digelar sebagai ‘Anti-gravity Dual VC Liquid Cooling’. Dengan plat VC yang sangat luas dan aloi kuprum yang dipasang terus ke komponen utama, menjadikan pelepasan haba meningkat lebih 50% daripada biasa.

Skrin pula jenis AMOLED berukuran 6.67-inci, dan ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran dinamik dari 60Hz, 90Hz, 120Hz sehingga 144Hz. Kadar sentuhan juga sangat tinggi iaitu 720Hz, memberikan masa respon pantas ketika bermain permainan video. Skrin ini menyokong HDR10+, 100% DCI-P3 dan ada kecerahan setinggi 1,300nits.

Di samping itu, sistem bunyi di Black Shark 5 Pro juga sangat baik. Sehingga ia menerima 86 mata di ujian DxoMark Audio, sekaligus menduduki tangga pertama sekarang. Terdapat dua pembesar suara linear padanya, tetapi ia menembak ke tepi, bukannya ke hadapan.

Tarikan utama peranti ini sudah pasti pada butang bahu magnetik. Butang bahu ini boleh disimpan apabila tidak digunakan, menjadikan rupanya lebih kemas di samping tidak berlaku kesilapan menekan butang.

Di samping itu, Black Shark 5 Pro juga ada teknologi ‘Magic Press’ di skrin. Ini memberikan kawalan tambahan ketika bermain permainan video, fungsi yang hampir serupa dengan butang bahu magnetiknya.

Bateri di Black Shark 5 Pro kelihatan agak kecil untuk telefon gaming, iaitu 4,650mAh. Tetapi ia menyokong pengecasan pantas 120W, tertinggi buat masa ini di Malaysia. Ia boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 15 minit.

Tidak dilupakan juga tentang kamera. Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 5MP. Di hadapan, ia ada kamera 16MP yang diletakkan di dalam lubang di dahi skrin.

Ada dua warna ditawarkan untuk Black Shark 5 Pro iaitu hitam dan putih. Kedua-dua model ini memiliki lakaran futuristik di belakang, di samping lampu RGB yang berkelip-kelip dan boleh diubahsuai.

Spesifikasi Black Shark 5

Walaupun namanya tiada Pro, ia memiliki persamaan yang banyak dengan versi Pro. Perbezaannya adalah pada penggunaan cip iaitu Snapdragon 870. Ini juga mengehadkan kelajuan RAM LPDDR5 kepada 5,500MHz sahaja. Sistem penyejukan juga hanya jenis biasa, bukan anti graviti.

Selain itu, tiga kamera belakangnya adalah berbeza iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan adalah serupa, 16MP di dalam lubang.

Lain-lain perkara adalah serupa seperti skrin OLED 6.67-inci 144Hz, speaker stereo, bateri 4,650mAh dan kuasa pengecas 120W. Butang bahu magnetik dan skrin ‘Magic Press’ juga ada di Black Shark 5.

Pilihan warna juga sedikit berbeza. Versi bukan Pro ini tiada kemasan futuristik, sebaliknya berwarna penuh yang sekata di belakang. Ia diberi pilihan antara hitam dan kelabu.

Tags: black sharkblack shark 5Black Shark 5 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Black Shark 5 pilih Malaysia sebagai negara pertama pelancaran antarabangsa

Black Shark 5 pilih Malaysia sebagai negara pertama pelancaran antarabangsa

27 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER