• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ShopeeFood bakal beroperasi di Pulau Pinang pada bulan Jun

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:25 pm
  • 27/05/2022
  • Komen
ShopeeFood bakal beroperasi di Pulau Pinang pada bulan Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar bulan Februari lalu, ShopeeFood telah luaskan operasinya di beberapa lokasi di negeri Johor. Tapi nampaknya perkhidmatan ini bakal digunakan oleh lebih ramai orang lagi memandangkan ia akan diperluaskan ke lokasi lain pula, iaitu di Pulau Pinang. Pengguna Shopee di sana boleh lakukan pesanan makanan dari kedai tempatan kegemaran mereka bermula Jun ini.

Jika anda belum pernah gunakan perkhidmatan ini, tidak kiralah sama ada anda pengguna di Lembah Klang atau pun Johor, berikut merupakan 3 sebab anda perlu pesan makanan dari ShopeeFood.



1. Boleh kumpul syiling Shopee

ShopeeFood tersedia selama 24 jam untuk pengguna. Anda boleh pesan makanan yang anda mahu dengan klik pada ikon ‘ShopeeFood’ yang tersedia di halaman utama. Untuk menerima lebih banyak ganjaran dan transaksi bayaran yang lancar, anda digalakkan untuk aktifkan dan bayar menggunakan ShopeePay. Dari situ juga anda boleh dapatkan syiling Shopee.

2. Lebih jimat dengan pelbagai baucar

Selain dari baucar penghantaran percuma sepanjang hari, anda boleh jimat dengan lebih banyak apabila gunakan sekali baucar diskaun makanan ketika lakukan bayaran.



3. Ada promosi harian, mingguan dan bulanan

Selain itu, Shopee turut sediakan tawaran Daily Super Deals diskaun 50% dan diskaun 20% untuk masa terhad, daripada rakan kongsi peniaga. Ada juga pelbagai tawaran mingguan yang menarik untuk anda dapatkan. Semua ini anda boleh lihat dan tebusnya melalui tab Claim Voucher dalam ShopeeFood.

Ada banyak pilihan makanan menarik di Pulau Pinang. Dengan adanya perkhidmatan ShopeeFood di sana, sudah tentu makanan akan lebih mudah dibeli dan anda tidak perlu lagi beratur panjang. Jika anda belum biasa dengan platform ShopeeFood ini, anda boleh ketahui lebih lanjut mengenainya di sini.

Bagi saya, ciri paling menarik di ShopeeFood adalah kebolehan menggunakan 2 baucer serentak dan Shopee Coins ketika lakukan bayaran. Dibandingkan dengan FoodPanda, hanya satu baucer sahaja boleh ditebus dalam satu masa. Jadi, bolehlah saya jimat lebih banyak apabila guna ShopeeFood.

Tags: PENANGShopeeShopeeFood
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

ShopeeFood bakal beroperasi di Pulau Pinang pada bulan Jun

ShopeeFood bakal beroperasi di Pulau Pinang pada bulan Jun

27 May 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN