• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: Langkah penyediaan makanan yang selamat, elak keracunan makanan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:15 pm
  • 29/05/2022
  • Komen
TIPS: Langkah penyediaan makanan yang selamat, elak keracunan makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Sambutan Aidilfitri masih belum tamat dan ramai individu yang memeriahkannya lagi dengan mengadakan rumah terbuka. Jika anda antaranya, pastikan juadah yang dihidangkan selamat dan bersih agar tetamu tidak mendapat kesan sampingan, contohnya keracunan makanan. Sebagai panduan, berikut merupakan tips penyediaan makanan selamat untuk rujukan anda. Anda juga boleh ikut tips ini apabila menyediakan makanan harian untuk keluarga.

1. Amalkan kebersihan diri

Sebelum mengendalikan makanan, anda perlulah pastikan diri anda bersih dan cuci tangan menggunakan sabun. Tangan kita sangat mudah bersentuhan dengan sumber pencemaran dan bakteria tanpa kita sedar. Dengan langkah ini, tentunya risiko penularan bakteria akan berkurangan.



2. Pilih bahan mentah yang segar

Pilih bahan mentah yang segar sebelum masak. Untuk makanan laut segar, ia tidak seharusnya berbau hancing atau busuk. Bagi daging dan ayam pula, ia mestilah mempunyai isi yang pejal dan kenyal. Elakkan daripada membeli daging atau ayam yang berbau busuk dan melekit atau berlendir apabila disentuh.

Sumber

3. Guna papan pemotong berasingan

Anda disarankan untuk guna papan pemotong dan pisau berasingan untuk potong bahan mentah dan bahan yang sudah di masak. Perkongsian papan pemotong adalah punca penyebaran kuman. Contohnya, selepas anda potong ayam mentah, kuman pada ayam itu akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama juga anda potong sayur ulam dan buah buahan. Sudah tentu kuman tadi akan melekat pada sayur dan buah pula.



Sumber

Gantikan juga papan pemotong jika ada kesan calar dan berdaki. Papan pemotong yang kotor adalah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit-birit dan sakit perut. Kajian menunjukkan 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria.

4. Masak makanan hingga sempurna

Pastikan juadah anda dimasak sehingga sempurna sebelum dihidangkan. Gunakan suhu yang betul dan selamat. Contohnya jika masak makanan berkuah, anda perlu tunggu sehingga kuah itu mendidih. Manakala untuk makanan bergoreng, anda boleh gunakan api yang perlahan supaya bahan masakan itu masak di luar dan dalam. Sebelum masak, pastikan anda guna peralatan yang bersih.

5. Tempoh hidangan

Jangan biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik. Sekiranya perlu dihidang lebih lama, pastikan anda panaskan semula makanan tersebut sebelum dimakan. Selain itu, ingat juga untuk tutup makanan yang dihidang.

6. Simpan makanan dalam peti sejuk

Jika ada lebihan makanan, simpan makanan itu dalam peti sejuk. Tapi, makan itu tidak boleh disimpan lebih dari 3 hari. Pastikan anda simpan makanan yang telah dimasak berasingan daripada makanan mentah. Makanan juga hendaklah disimpan mengikut jenis dan suhu yang betul. Contoh seperti gambar di bawah.

Sumber

Selain itu, amalkan “lihat, hidu dan rasa” sebelum makan. Jangan makan jika anda rasa ada yang pelik pada juadah itu. Sekiranya anda alami pening, loya, sakit perut atau cirit birit selepas makan, segera ke klinik untuk dapatkan rawatan. Tapi, apabila makanan disediakan dengan selamat dan bersih, sudah tentu anda akan terhindar dari masalah-masalah tersebut. Untuk penyediaan makanan yang lebih cepat, anda boleh gunakan salah satu gadget dapur yang pernah saya reviu sebelum ini. Bukan sahaja murah, ia juga boleh menjimatkan masa untuk anda memasak.

[Sumber: MKN]

[Sumber gambar: CookingLight]

Tags: mkn
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
TIPS: Langkah penyediaan makanan yang selamat, elak keracunan makanan

TIPS: Langkah penyediaan makanan yang selamat, elak keracunan makanan

29 Mei 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER